Salam Lebaran buat pembaca-pembaca sekalian...Agak lama jugak saya tak 'update' blog nie....kalau dibiarkan lama2 nanti bersawang pulak karang...jadi post terbaru nie berkenaan dengan kambing...Bulan puasa yang lepas,saya telah mengikut atok Ahmad di Parit Orang Kaya untuk belajar-belajar ternak kambing...Saya mengambil kesempatan cuti 4 bulan nie untuk aktivit2 baru...Banyak pengalaman yang saya dapat semasa belajar dengan atok Ahmad...katanya dalam menternak kambing kita perlu tanamkan sikap
[a)yakin diri; b)sabar; c)amanah; d)jujur] Sifat-sifat ini akan membantu kita menjadi peternak yang berjaya....
Saya juga baru mengetahui cara2 mengambil rumput untuk kambing...rumput yang hendak dijadikan makanan kambing perlulah diambil ketika matahari sudah mula naik...ini untuk mengelakkan daripada rumput yang diambil itu dinaiki cacing yang ada pada rumput yang dipotong...selaian rumput,makanan kambing boleh juga digilirkan dengan pelepah kelapa sawit dalam 3 hari seminggu(tidak boleh terlalu kerap),daun nangka,kulit pisang dan pucuk ubi.... untuk tujuan pengemukkan,kambing boleh diberikan makan hampas tahu,kulit soya dan dedak...terdapat juga garam mineral untuk kambing jilat atau diletakan didalam bekas air(digaulkan bersama air minum kambing)
Banyak lagi pengalaman2 yang saya lalui sepanjang sebulan mengikut atok Ahmad...Diharapkan segala tips dan panduan yang saya dapat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya yer....
SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR & BATIN
Bisik-bisik:
-ikhlas dari rahimramli (sam)
-wak ahmad digelar 'atok kambing' oleh cucunya
-susu kambing elok untuk kesihatan ye
0 Cerita Utama:
Post a Comment