Baru-baru nie,saya tertarik dengan lagu yang bertajuk 'kekasih ku' dendangan Rahmat Ekamatra...Lagu nie memberikan banyak maksud yang tersirat...Pada awal video klip lagu ini,Rahmat telah dilanggar oleh kereta...dan selepas itu geselan biola bermula...Di situ dapat kita perhatikan bahawa Rahmat telah tidak sedarkan diri dan telah koma...
Terjagaku sedari mimpi yang panjang
Melayang berkelana di langit terbuka
Menatap suci segala bidadari
Dalam permulaan lirik ini, Rahmat menyatakan bahawa dia telah telah tersedar dari koma dan sedang 'terbang' ke udara...dan akhirnya telah bertemu dengan makhluk Allah iaitu bidadari...
Wajah berkaca perawanlah selamanya
Bersinar mata seumpama mutiara
Santun luhurnya tak tercela sesiapa
Di manakah dia...
Lirik kedua pula menerangkan tentang sifat-sifat bidadari yang pernah diceritakan oleh orang-orang berilmu iaitu wajahnya yang berkaca,sentiasa perawan,mata bersinar-sinar seperti mutiara dan tidak pernah di sentuh oleh sesiapa...
Di sisi terlenalah setia
Dewi hatiku seri cinta
Ingin dikau kujadikan temanku
Dalam hidup yang kekal
Berpanjangan
Seterusnya,lagu ini menceritakan bahawa Rahmat seorang yang setia dan mencari kekasihnya untuk dijadikan teman dalam hidup yang kekal selama-lamanya iaitu di syurga...
Kepada-Mu Tuhan aku berserah
Kusujud... syukur padamu
Menemukan ku kekasih hati
Oh bidadari sanubariku
Oh kekasihku...
Oh kekasihku...
Oh kekasihku...
Korusnya pula menunjukkan bahawa Rahmat menerima siapa adanya jodoh yang telah ditetapkan dan bersyukur kepada Ilahi atas kurniaan-Nya menemukan dia dengan bidadari hatinya iaitu kekasihnya....
Pada pendapat saya,setiap orang telah Allah s.w.t jadikan berpasang-pasangan...Antara pekara yang telah ditetapkan oleh-Nya yang tercatat dalam Luh Mahfuz adalah Hidup,Mati,Jodoh dan Rezeki...Walaupun telah ditentukan tetapi kita hendaklah berusaha mencarinya...Sesungguhnya hidayah milik Allah...Semoga kita semua bertemu dengan jodoh yang baik,dan soleh atau solehah....Amin
Bisik -bisik :
-Jangan putus asa
-Bunga dan kumbang bukan sekuntum dan seekor...
0 Cerita Utama:
Post a Comment