August 07, 2012

malu, ego atau maruah??

     Assalamualaikum pembaca yang di hormati,,,selamat menyambut Ramadhan yang pagi ini sudah masuk hari yang ke-18...kita berada dalam peringkat 'keampunan' di bulan yang mulia ini....Tidak lama lagi peringkat 'kelepasan dari api neraka' akan menjelma,,,sudahkan kita bersedia?

     Baru- baru ini,terlintas saya untuk bercerita mengenai sifat 'malu, ego atau maruah' yang kebanyakkannya amat penting bagi seorang lelaki kerana ianya melambangkan kelakian...Di sini ada beberapa sketsa yang boleh kita renungkan bersama atau berfikir sejenak mengenainya....

Sketsa A


     Aku sedang beratur di mesin ATM untuk mengeluarkan wang buat keperluan di tengah bulan.Waktu-waktu begini sememangnya waktu 'kecemasan' kerana duit gaji belum masuk.Tiba-tiba sekumpulan gadis-gadis beratur dibelakangku.Dari gerak-geri mereka aku dapat meneka mereka ini dari 'keluarga senang'.Tiba giliran aku di hadapan mesin ATM.Dengan cermat aku melihat baki di mesin ATM.Yang tinggal hanyalah RM55.55 sedangkan aku hanya perlu mengeluarkan RM10 sahaja untuk keperluan di hari itu.Tetapi dengan di perhatikan oleh gadis-gadis comel dan serba mewah ini adakah aku patut keluarkan hanya RM10 sahaja.Nanti dianggap kedekut atau sengkek pula jika dilihat mereka............


Sketsa B


     Aku bersama kawan-kawan makan di sebuah restoran pada waktu berbuka puasa.Kami berkumpul bersama untuk meraikan hari terakhir kami di universiti.Selepas itu kami akan mengikut arah tiupan angin masing-masing.Kebetulan terdapat seorang gadis yang aku minat sekian lama belajar bersama-sama.Aku selalu 'control macho' dihadapannya.Sebagai seorang pelajar,aku tidak punya banyak wang untuk berbelanja dan harus berjimat-cermat.Oleh itu aku mencari menu paling murah dan 'nasi bujang' adalah sesuai dengan duit dan seleraku disaat ini walaupun sebenarnya teringin sekali makan nasi goreng ayam.Abu merupakan kawan baikku seperti perasan akan keanehan aku.Dia hanya tersenyum sedangkan aku dalam dilema.Mana satu akan aku pilih.Memesan nasi bujang atau nasi goreng ayam?Control macho atau hilang macho?Kacau betul.........


Sketsa C


     Hari ini aku mendapat khabar gembira.Cinta yang aku luahkan rupanya berbalas.Aku tidak bertepuk sebelah tangan.Farah yang aku minat itu akhirnya membalas cintaku dan sudi keluar makan bersama-sama.Pada saat yang ditunggu-tunggu,aku menjemputnya dengan menaiki motorku.Dia nampak agak kekok menaiki motor.Mungkin tidak biasa agaknya fikirku.Kerana terlalu teruja aku terlupa isi minyak motor.Penanda arah motor sudah berada di kedudukan E.Berkemungkinan akan habis bila-bila masa.Kebetulan,stesen minyak hanya berada beberapa meter saja lagi.Alhamdulillah.Tiba masa untuk mengisi aku ke kauter pembayaran.Sekali lagi aku tersentak kerana duit di dompet hanya ada RM1 sahaja.Baru teringat bahawa malam tadi aku telah meminjamkan Akim beberapa ringgit untuk keperluannya balik kampung.Agak seram sejuk aku keitka itu.Terlintas niat ingin meninjam Farah duit buat mengisi minyak atau isi RM1 sahaja.Ah,mana-mana pilihan pun jatuh juga harga diri aku..............


Bisik -bisik :

-Buat keputusan dengan tepat dan bijak

-Admin selalu buat selamba badak jek dalam beberapa sketsa di atas...huhu

0 Cerita Utama:

Post a Comment