December 21, 2012

Atok saya Tukang Kayu

     Dilahirkan pada 1932 di Parit Hj Mohammad,Bagan,Batu Pahat,Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Merong Rengit dalam tahun 1941 tetapi berhenti sekolah pada tahun 1943 kerana pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu pada usia 11 tahun...Haji Abdul Hamid Bin Ahmad..Itulah nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya..Mengambil keputusan untuk berhenti sekolah kerana tidak suka akan Bahasa Jepun dan budaya orang Jepun yang perlu diikuti apabila belajar di sekolah pada ketika itu..

     Kesusahan dan kepayahan hidup pada zaman pendudukan tentera Jepun menjadikan beliau seorang yang tabah dan bijak mendapatkan ikthiar untuk meneruskan hidup pada zaman serba dengan pahit getir di tindas oleh Jepun..Atok pernah menceritakan kepada kami (anak - anak dan cucu) bahawa beliau dahulu asalnya bukanlah seorang tukang kayu pada mulanya.Pada zaman remajanya, beliau banyak menghabiskan masa dengan mencari duit poket dengan melakukan berbagai - bagai kerja kampung.Dari memancah hinggalah membaiki atap rumah.Dari tukang gunting hinggalah ke tukang kayu. Bakat beliau dalam pertukangan teserlah dengan terhasilnya sebuah meja yang cantik hasil tangan beliau sendiri.Ceritanya bermula apabila seorang jirannya mahu menebang pokok nangka dan batang pokok itu hendak dibakar.Akan tetapi beliau menyarankan agar kayu pokok nangka itu diberikan kepada beliau.Dari pokok nangka yang belaiu dapat itu, beliau mula belajar mengetam kayu,melicinkan kayu serta menukang. Akhirnya siaplah sebuah meja yang cantik.Kebetulan,terdapat seorang jiran yang berbangsa Cina sedang lalu di laman rumah beliau.Bila diteliti,maka berkenanlah jiran itu akan meja tersebut.Dan atok telah menjual meja itu pada ketika itu juga.Bermula dari situlah atok yakin bahawa dia boleh menjadi tukang kayu yang hebat.Beliau mengambil kursus kemahiran perusahaan tukang kayu di Singapura untuk mendalami ilmu pertukangan.

     Ketika kecil,kami adik - beradik serta sedara - mara selalu bermain - main di belakang kilang atok berdekatan pokok mempelam.Pada umur saya 12 tahun,selepas mengambil Ujian Penilaian Sijil Rendah (UPSR),saya meminta kebenaran abah dan emak untuk tinggal bersama atok.Dari situlah saya mula mengenali mesin - mesin kilang dan sedikit - sebanyak tentang cara - cara membuat perabot.Teringat akan saya peristiwa pada waktu itu atok meminta saya untuk menutup lubang - lubang kecil yang terdapat pada mimbar. Lubang tersebut ditutup menggunakan cecair liat yang dipanggil 'gam kayu' atau 'tanah kayu'. Tetapi kerana merasakan mimbar tersebut begitu besar dan merasakan agak mustahil untuk menyiapkannya,saya mengambil keputusan unutk ke rumah Pak Cik Aim untuk bermain Play Station bersama Najib.Petang itu ketika pulang ke rumah,atok marah kepada saya."Ceehh,disuruhnya menukang kok lari".Berdasarkan pengalaman saya dan saudara-mara terdekat yang lain,atok merupakan seorang yang garang.

     Kini, hampir kesemua cucu beliau sudah melangkah ke alam dewasa. Atok juga sudah tidak kuat untuk menukang.Sering menceritakan kepada kami tentang kesusahan beliau mencari makanan dan keperluan pada zaman Jepun menjadikan saya lebih tabah untuk menghadapi hidup zaman kini.Pernah sekali ketika membeli sarapan,ada orang yang memberitahu saya bahawa "atok awak tu kedekut sama anak cucu". Secara spontan saya menjawab "Wak,gunung emas kalau ditarah hari-harikan abis".Wak itu terus pergi meninggalkan saya di meja makan tersebut.Bagi saya,kesusahan pada waktu dahulu walaupun hanya mencari satu sen adalah begitu sukar dan sengsara.Tidak hairanlah jika atok orangnya begitu berjimat cermat.Kata orang sedikit cukup,banyak tidak membazir.Itulah dia sifat 'qanaah'.Kini atok di usia warga emas.Bagi saya beliaulah lombong emas.Orang-orang seperti inilah sebenarnya merupakan perpustakaan ilmu,untuk rujukan dalam menghadapi kehidupan...Dunia & Akhirat

Bisik - bisik :

-Jom singgah www.hamidtukangkayu.com

-Atok seorang yang suka tersenyum.




3 comments: