September 01, 2013

Jual Biskut OREO...

   Assalamualaikum semua... Petang Ahad (1 September) yang indah selepas waktu hujan kadang-kala agak membosankan dan sedikit mengantuk. Admin teringat kenangan sewaktu Sekolah Darjah 4. Pak Cik Bongsu selalu membawa pulang goodies dari England sewaktu dia masih menuntut di sana. Kadang-kala Coklat, Biskut, Cup Cakes dan makanan yang pelik dan jarang dijumpai di sini. Admin mencuba biskut yang tertulis OREO dan membawanya ke sekolah sebagai bekalan waktu rehat.

   Sewaktu rehat, terdapat seorang rakan sekelas yang asyik  mnjeling ke arah bekalan biskut yang di bawa. Dia lalu bertanyakan biskut tersebut dan mahu membelinya. Admin mengatakan bahawa biskut itu memang bukan untuk di jual. Tetapi kawan sekelas begitu mendesak Admin supaya menjualkannya dan bertanyakan harga untuk biskut OREO itu. Dengan tersenyum lebar, admin mengatakan untuk setiap keping biskut itu harganya hanya 50 sen dan untuk satu bungkus yang mengandungi 4 keping, harganya adalah RM 2.00. Dia bersetuju lalu menempah kepada admin untuk membawanya setiap hari. Admin mengatakan bahawa biskut tersebut hanya tinggal tiga bungkus. Jadi setiap hari admin mendapat RM 2.00 dan 'makan besar' selama seminggu.

   Admin rasa, pada masa itu biskut OREO belum lagi di jual di Malaysia kerana jenama dan corak bungkusan tersebut kurang di kenali dan jarang terdapat di pasaraya berhampiran. Admin merasakan bahawa terdapat 'bakat niaga' yang terpendam dalam diri ini apabila terkenang kembali kenangan menjual biskut OREO. Kadang-kala kita tidak tahu nasib seseorang itu bagaimana pada kemudian hari tetapi kita perlu sentiasa Doa, Usaha, Istiqomah dan Tawakal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Pesanan buat diri sendiri yang semakin MALAS)

Bisik-bisik:

-Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal (DUIT)
-Cerita yang Admin tulis nie berkisar pada tahun 1999 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2.


0 Cerita Utama:

Post a Comment