Mengenangkan hari-hari yang berlalu di UTeM kadang-kala tersenyum seorang diri.Menyibukan diri di penghujung Semester untuk Final Exam di setiap semester. Berkongsi Idea untuk menyiapkan Bengkel I.Berkumpul bersama ahli kumpulan untuk Latihan Amali Bengkel II. Memikirkan projek akhir iaitu Projek Sarjana Muda I & II yang perlu disiapkan sebelum Latihan Industri bermula. Akhir sekali, menjalani Latihan Industri sebelum melangkah ke alam dunia pekerjaan yang sebenar. Aku masih lagi di sini. Terkenangkan saat-saat di UTeM. Sewaktu mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswa. Teringat lagi kata-kata Naib Canselor sewaktu sesi orentasi. "Berpijaklah di Bumi yang nyata, Sebelum mengapai bintang di langit yang tinggi, Supaya tidak tersungkur di sambar halilintar." (Lebih kurang bunyinya)
Setiap kali cuti semester bermula. Aku akan bekerja sebagai pelayan dan pengambil order makanan di sebuah restoran makanan bersebelahan Sungai Batu Pahat. Itulah rutin harian aku untuk mencari sedikit sumber pendapatan bagi menampung duit kocek dan kehendak hati yang menginginkan macam-macam. Begitu jugalah selepas aku habis belajar. Aku masih lagi di sini. Mengharapkan sedikit sumber pendapatan untuk keperluan hari ini. Membayar duit motor, membeli keperluan dan menyimpan. Dalam hidup kita mesti bekerja.
Di sini juga aku belajar berbagai-bagai karenah manusia. Dari yang banyak pengalaman hidup hinggalah cara-cara menjadi Taukeh. Perkongsian ilmu yang aku pelajari dari Taukeh kedai dan pekerja paling lama di sini. "Masa dan Wang adalah kawan baikmu. Jagalah dengan sebaiknya." Aku masih lagi cuba menghadam maksudnya. Mungkin sudah faham sedikit. Aku banyak merantau ke negeri orang untuk menimba ilmu dan pengalaman. Walaupun aku merasakan masih belum cukup dan puas merantau. Tapi, aku harus mengutamakan keperluan dan kehendak diri terlebih dahulu. Dan kerana itulah, aku masih di sini.
Bisik-bisik :
-luahan isi hati kecil anak muda yang mahu menjadi penulis.
-Banyak berjalan, Luas pengalaman.
0 Cerita Utama:
Post a Comment