January 09, 2014

Dogeng Rakyat Moden: Raja mencari Pelawak

 Tersebutlah sebuah kisah, dalam sebuah negeri yang mempunyai seorang raja yang adil lagi saksama dan terkenal dengan kebijaksanaanya dalam mentadbir negeri kerajaan naunganya sehingga keamanan dan kententeraman negeri tersebut dapat dirasakan oleh setiap rakyat dan para musafir yang datang bermastautin atau pun berdagang di negeri itu. Raja tersebut tinggal di istana di pusat negeri bersama permaisuri dan putera puterinya. Kebaikan dan kebijaksanaan raja itu menjadi bualan dan buah mulut bagi setiap para rombongan yang datang untuk berdagang di negeri itu. Raja menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pedagang dan musafir yang datang ke negerinya. Kemudahan seperti masjid, tempat rehat dan kompleks gerai makanan sememangnya memudahkan lagi rombongan para musafir.

 Dikisahkan pada suatu hari, raja negeri berkenaan telah jatuh gering dikatakan terkena suatu penyakit kemurungan atau kata orang sekarang sebagai stress. Doktor dan tabib yang merawat raja berkenaan memberikan pendapat bahawa raja berkenaan perlu ketawa bagi menyembuhkan penyakit itu. Ini kerana, apabila seseorang yang dilanda kemurungan, gelak ketawa dapat membantu untuk mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil edorphin yang membantu untuk mengurangkan stress dan kemurungan. Tabib di raja juga memberitahu raja berkenaan bahawa terdapat 15 kebaikan dalam ketawa.1)Meredakan ketegangan dan ketakutan. 2)Meningkatkan perasaan seseorang. 3)Mencegah penyakit jantung. 4)Awet muda. 5)Merendahkan hormon stress dan kemurungan. 6)Menguatkan sistem daya tahan tubuhbadan. 7)Membakar kalori berlebihan. 8)Mengurangkan nafsu makan. 9)Mengukuhkan ikatan perhubungan. 10)Memberi ketenangan emosi dan fizikal. 11)Menarik perhatian orang ramai. 12)Melahirkan rasa aman tenteram. 13)Mengurangkan kesakitan. 14)Melatih dan menenagkan otot. 15)Meningkatkan tenaga. Kesemua kebaikan dalam ketawa ini dapat membantu raja untuk lebih berasa sihat dan ceria. Raja segara meminta Dato Temenggung bersama para pembesarnya datang menghadap. Raja menitahkan agar satu pertandingan lawak jenaka diadakan di istana bagi mencari pelawak yang dapat menghiburkan raja berkenaan. Barang siapa yang dapat membuat raja ketawa, dia akan di berikan ganjaran dan hadiah yang lumayan serta akan diberikan gelaran 'Pelawak Di-Raja Lawak Mega' yang membawa kepada gelaran Dato. Maka poster dan iklan segera ditampal dan disebar-sebarkan ke seluruh pelusuk negeri bagi mencari pelawak yang benar-benar berbakat. Maka berduyung-duyunglah rakyat yang hadir dari pelbagai peringkat umur dan suku-sakat untuk menyertai ujibakat dan melayakan diri untuk ke Istana bagi merebut gelaran 'Pelawak Di-Raja Lawak Mega' serta membolot semua ganjaran dan hadiah yang ditawarkan. Peringkat saringan pun dilakukan bagi menapis pelawak yang benar-benar berbakat untuk melawak di istana raja.

 Selepas segala urusan pemilihan dilakukan, maka Tiga kumpulan terakhir dari mereka yang menghadiri ujibakat telah dipilih untuk menghadap raja tersebut di balairongseri bersama para pembesar yang lain. Kumpulan pertama terdiri daripada Tiga orang dan mengelarkan diri mereka sebagai Sepah. Mereka bertiga segera dipanggil untuk menghadapa raja. Lawak jenaka Sepah lebih santai dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kebanyakanya berkisarkan tentang kehidupan rakyat seharian. Sepah memakai pakaian seperti orang mahu bersawah sebagai gimik lawak mereka. Raja tersebut hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga dalam berjenaka. Puas Sepah berbuat pelbagai jenaka untuk menghiburkan hati raja tetapi raja masih lagi mahu ketawa. Baginda hanya tersenyum lebar melihat gelagat Sepah tetapi belum ada lagi yang mencuit hati baginda. Lalu kumpulan kedua dipanggil untuk menghadap raja. Kumpulan kedua ini mengelarkan diri mereka Jozan sempena nama gabungan Johan dan Zizan. Johan berpakaian senandung seperti raja lagaknya manakala Zizan pula berpakaian senandung seperti Dato Temenggung. Mereka berdua segera melakonkan watak mereka sebagai raja yang memberi titah dan temenggung yang datang menghadap. Raja mula tergelak kecil melihat gelagat dan pakaian mereka yang seakan-akan baginda dengan para pembesar. Paling membuat raja gelak besar apabila raja(Johan) menampar muka temenggung(Zizan) kerana memperkatakan sesuatu yang biadap dihadapan raja. Para pembesar juga turut ketawa melihatnya. Setelah selesai kumpulan Jozan peserta terakhir pula dipanggil iaitu Nabil. Nabil melakonkan watak doktor yang sedang cuba memulihkan seorang pesakit jiwa tetapi akhirnya pesakit tersebut yang merawat doktor(Nabil) apabila doktor tersebut jatuh pengsan ketikam merawat pesakit itu. Walaupun keseorangan, Nabil tetap berjaya membuatkan raja itu ketawa kecil. Setelah berbincang dengan para pembesar istana, raja bersepakat untuk memilih Jozan sebagai pemenang dan menganugerahkan gelaran 'Pelawak Di-Raja Lawak Mega' dan membawa gelaran Dato setiap seorang. Maka Dato Johan dan Dato Zizan akan dipanggil ke istana bagi menghiburkan raja sekiranya baginda jatuh gering kerana kemurungan. Akhir raja sembuh dari penyakitnya dan masih dapat mentadbir negeri kerajaanya dengan adil dan saksama serta mengekalkan keamanan dan ketenteraman negeri naunganya. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Alhamdulillah.

0 Cerita Utama:

Post a Comment