February 16, 2014

Dogeng Rakyat Moden: Cuba Tanya Sama Hud-Hud


   Pada zaman dahulu, diceritakan dalam zaman berzaman, di dalam dunia mergastua, berlakulah suatu kekecohan besar di antara para mergastua untuk mencari pengganti raja mergastua yang telah meninggal dunia. Kekecohan antara mereka tejadi apabila Raja mereka tidak meninggalkan waris untuk menggantikan tempatnya. Maka bermesyuaratlah para mergastua untuk mencari pengganti yang paling layak menggantikan raja mergastua yang telah pergi menemui Penciptanya. Maka mereka pun berpakatlah antara mereka untuk mencadang lantikan. 

   Dimulakan dengan seekor Ayam yang mencadangkan Sang Helang supaya menaiki taktha yang sememangnya layak untuknya. Dia merupakan seekor mergastua yang gagah dan perkasa. Renungan dan akalnya juga tajam. Tetapi terdapat bantahan dari sekelompok kecil dari warga mergastua kerana Sang Helang memang terkenal dengan sikapnya yang panas baran dan suka menyambar apa sahaja yang ada di bawah dan di hadapanya. Dia suka bertindak mengikut hawa nafsu amarahnya tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. Lantikan Sang Helang ditangguhkan dahulu kerana terdapat bantahan. Itik pula mencadangkan supaya Burung Layang-layang menggantikan tempat Raja kerana ilmunya yang banyak tentang kehidupan kerana sudah lama bermusafir dan bermigarsi dari musim ke musim. Ada juga baiknya jika Burung Layang-layang menggantikan tempat Raja kerana dia boleh mengawasi warga mergastua dari mana-mana tempat. Dia juga luas akalnya berkenaan kehidupan berdasarkan pengalamanya bermusafir. Tetapi Burung Layang-layang menolak pelantikan tersebut kerana dia selalu berada di banyak tempat untuk menyesuaikan diri dengan musim-musim tertentu. Mesyuarat diteruskan lagi dengan cadangan dari Sang Tiong mencadangkan agar Cenderawasih di lantik menjadi Raja kerana dia juga dikenali sebagai burung dari syurga. Kecantikanya juga memang sukar ditandingi oleh mana-mana para warga mergastua yang lain. Sememangnya dia memang layak menjadi Raja Mergastua. Akan tetapi Cenderawasih ada satu tabiat buruk yang tidak disenangi warga mergastua. Dia suka menceritakan keburukan burung lain kepada mergastua yang lain. Setelah berbincang lagi akhirnya cadangan itu di tolak mentah-mentah kerana  untuk menjadi Raja Mergastua, dia haruslah tetap pendirian dan menjaga aib diri dan orang lain. Sang Merpati mencadangkan agar Sang Belatuk memimpin mereka semua. Tetapi Sang Belatuk sendiri menolak penlantikan itu kerana dia sangat sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja pertukanganya dan membuat rumah. Dia juga perlu menjaga atok sesuai dengan namanya 'burung bela atok'!? Warga mergastua tergamam dengan jawapan Sang Belatuk. Mugkin Sang Belatuk perlu berehat sebentar bagi merehatkan badan dan akalnya yang terlalu kuat bekerja. Enggang yang datang dari negeri jauh mencadangkan agar melantik sahaja Sang Merak sebagai Raja. Lagipun dia sudah mempunyai tanda mahkota di ekornya. Cuma sikapnya yang angkuh dan suka membangga diri tidak begitu disenagi mereka. Lagipun tanda mahkota sepatutnya terletak di kepala dan bukanya di ekor bantah seekor mergastua. Enggang juga mempunyai tanda mahkota di kepala. Bukankah dia lagi layak menyandang mahkota Raja Mergastua berbanding Sang Merak. Dengan  kedudukan, darjat dan statusnya sebagai warga mergastua kelas satu dan jarang dijumpai di dunia menjadikan Enggang yang sepatutnya di berikan keutamaan berbanding semua mergastua yang lain. Tetapi jumlah spesis Enggang yang sedikit membuatkan Enggang menarik diri. Dia lebih perlu mengutamakan spesis dan kerabatnya yang sedikit dan dilanda kepupusan. Itulah tugas yang paling mustahak dan mulia untuk didahulukan. cadangan terakhir dari Sang Gagak yang hitam legam adalah Sang Bangau kerana bulunya yang putih bersih. Tetapi hanya dari luaran sahaja bersih dalamanya belum tahu lagi. Sang Bangau memang terkenal sebagai warga mergastua yang suka lupa daratan dia suka berterbangan tinggi-tinggi di awan. Tetapi akhirnya dia akan kembali juga dibelakang kerbau untuk pulang. Bila susah, barulah tahu untuk pulang. Sehinggakan manusia membuat bidalan, Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya pulang di belakang kerbau. Mereka semua terdiam dan berfikir sejenak berkenaan apa yang sedang berlaku dan siapakah yang layak menggantikan Raja Mergastua. Akhirnya burung Hantu yang banyak ilmunya menyarankan agar mereka semua pergi berjumpa dan cuba bertanyakan dengan burung Hud-Hud kerana tentang permasalahan mereka burung Hud-Hud telah banyak berkhidmat denga para Nabi dan Rasul a.s. Dia juga pernah mengikuti rombonga bahtera Nabi Nuh a.s semasa berlaku banjir besar. Pada zaman Nabi Sulaiman a.s juga, dia pernah berkhidmat menyampaikan dakwahnya yang mulia dalam mengajak manusia mengesakan Allah s.w.t. Ketika tentera Abrahah hendak menyerang kota Mekah, ada yang mengatakan dia pernah melihatan Burung Ababil yang membawa batuan dari neraka untuk menghancurkan tentera bergajah tersebut sehingga mereka menjadi seperti daun yang dimamah ulat.Selepas mendengar cerita dari burung Hantu, para menrgastua terus membuat rombongan lawatan untuk bertemu burung Hud-Hud yang telah tua. 

   Setibanya mereka di tempat burung Hud-Hud beristrirehat, tanpa lenggah mereka segera membentakan tentang permasalahan dan kekecohan yang berlaku dalam warga mergastua untuk mencari Raja Mergastua yang baru. Ada yang mencadangkan agar Hud-Hud sahajalah yang menggantikan tempat Raja. Tetapi keadaan Hud-Hud yang sedang tua dan uzur membataskan pergerakanya untuk urusan-urusan mentadbir warga Mergastua. Dia pun bercerita tentang di sebuah tempat yang jauh nun di hujung dunia terdapat Raja yang paling layak untuk kita semua. Dia juga mencadangkan agar satu jemaah dan rombongan bermusafir di bentuk untuk pergi menghadap Raja mereka di tempat yang sangat jauh itu. Warga Mergastua kembali sunyi. Masing-masing berfikir adakah sepatutnya mereka bermusafir ditempat yang jauh itu untuk mencari Raja mereka yang sebenar. Sang Helang menolak kerana dia harus menjaga kawasan jajahanya. Burung layang-layang yang paling mahir dalam berhijrah juga tidak sanggup kerana mengenangkan nasib kerabatnya di perantauan. Cenderawasih juga bimbang jika perjalanan yang jauh itu akan merosakan bulunya yang cantik. sang Belatok masih sibuk memikirkan urusan bertukang dan urusan peribadinya yang tidak pernah berkesudahan itu. Sang Merak memberi alasan tidak tahu terbang kerana bulu diekornya terlalu berat. Sang bangau pula perlu mencari belakang kerbau utuk berhenti berehat. Dia risau jika ditempat musafir itu tiada belakang kerbau untuk disinggah. Burung Hantu hanya menunggu jawapan daru Burung Hud-Hud Tua untuk memberikan jawapan. Akhirnya burung Hud-hud bercerita lagi kepada warga Mergastua bahawa kepentingan bagi semua warga Mergastua untuk mencari Raja mereka. Dikatakan dunia yang tiada pentadbir akan berlaku kekecohan dan kucar-kacir kerana tiada pemimpin yang mentadbir mereka. Peratuaran yang ada juga akan mendatangkan kekalutan. Kekalutan yang berlaku pula berpunca dari peraturan yang tidak dipatuhi rakyat. Nasihat demi nasihat diberikan oleh burung Hud-Hud Tua supaya satu jemaah dibentuk untuk menghadap Sang Raja. Cerita burung Hud-hud itu sedikit sebanyak menambahkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk mencari Raja. Akhirnya beribu-ribu warga mergastua mempersiapkan diri masing-masing untuk mencari Raja. Mereka menyediakan bekalan untuk kelaurga mereka sebelum masing-masing bermusafir di tempat yang jauh. Akhirnya berlepaslah ribuan para mergatua itu mencari Sang Raja...

(Di olah dari 'Mantiq at-Toyir' yang bermaksud 'Mesyuarat Burung-Burung' karya Faridudin) 

2 comments: