Sering kali kita ketahui bahawa Emas memberikan sesuatu nilai yang paling berharga. Dari zaman ke zaman, nilai Emas tidak pernah susut hinggakan ianya menjadi perbalahan antara manusia dan mencetuskan peperangan antara kuasa-kuasa besar bagi mendapatkanya. Emas. Seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja kerana kecantikan dan kekilauanya sahaja yang menjadikan ianya beharga, malah dari segi sains kimia, emas merupakan suatu logam yang tidak tersebati dengan apa-apa unsur lain. Ianya akan kekal sebagai emas walau berkurun-kurun lama ianya tersimpan atau tertanam. Dari segi sains fizik pula, emas merupakan pengalir haba yang paling baik. Ianya dapat dibuktikan dengan kehadiran unsur emas dalam 'pemproses komputer' atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'computer processor'. Inilah bukti bahawa nilai emas amat tinggi dan boleh digunapakai di mana-mana sahaja anda berada.
Hendak dijadikan cerita, tersebutlah sebuah kisah tentang seorang alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan bahawa pada zamanya, dia telah berjaya mengkaji satu formula kimia untuk menghasilkan sebatian yang menjadikanya sebagai unsur emas pada akhir eksperimenya. Pada mulanya dia hanya mahu menghuraikan unsur emas itu kepada sebatian yang lebih komplkes. Tetapi lama-kelamaan, dia berjaya menerbalikanya dari huraian sebatian tadi menjadi unsur kimia semula. Dia merekodkan segala prosuder dan langkah-langkah eksperimen serta peralatan dan perkakasan yang diperlukan di dalam sebuah buku. Akhirnya dia berjaya mencipta sebuah kitab yang diberi nama 'Ilmu Membuat Emas'. Selepas peristiwa itu, maka tersebarlah ke serata tempat bahawa terdapat seorang alim yang tahu cara-cara membuat emas. Maka ramailah anak muridnya yang mencari beliau untuk dijadikan sebagai guru. Mungkin juga terdapat di antaranya yang mahu mempelajari ilmu membuat emas daripada beliau. Kehadiran ramai anak murid yang kebanyakanya masih muda membuatkan alim tersebut sedikit sibuk. Dia hanya tersenyum dan mengajarkan ilmu kepada anak muridnya seperti biasa. Dia tidak terpengaruh dengan hasil formula membuat emasnya.
Suatu hari terdapat anak muridnya yang masih baru bertanyakan soalan melulu kepada alim tersebut. Dia memberitahu bahawa alim tersebut tahu ilmu membuat emas dan mahu mempelajarinya dengan segera. Maka kecohlah keadaan pembelajaraan mereka pada ketika itu. Alim tersebut meminta anak muridnya bertenang sebentar. Dia mahu menceritakan sesuatu kepada anak muridnya. Pada zaman dahulu, terdapat seorang yang bernama Qarun yang juga tahu mengenai ilmu membuat emas. Pada mulanya, dia seorang yang rajin beribadat kepada Allah s.w.t. Hidupnya susah dan serba kedaifan. Akhirnya dia bertemu Nabi Musa a.s dan memintakan baginda berdoa kepada Allah s.w.t supaya menjadikan Qarun kaya raya kerana dia tahu baginda boleh bercakap secara langsung dengan Allah s.w.t. Nabi Musa a.s bersetuju dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya menjadikan Qarun seorang yang kaya raya. Akhirnya, dengan izin Allah s.w.t. dia telah menjadi kaya raya dan bongkak. Oleh kerana kesombonganya, Qarun telah di telan bumi dan digelar 'laknatulallah'. Berlainan pula dengan seorang raja yang adil pada suatu zaman. Raja tersebut telah dikurniakan kebolehan dari Allah s.w.t untuk mengetahui kedudukan emas yang masih dalam perut bumi lagi. Dia hanya meminta orang bawahanya untuk mengali tempat yang percayainya terdapat emas dan kebanyakan penakulanya tepat. Diceritakan rombongan harta baginda untuk membayar zakat memerlukan masa hampir tiga hari tiga malam untuk habis melintasi sesuatu kawasan. Rombongan harta baginda menggunakan beratus-ratus ekor unta dan kuda yang mengangkut harta dan beratus orang pengawal juga dihantar untuk mengawasi rombongan tersebut. Sungguhpun begitu, baginda seorang yang merendah diri dan tawaduk dalam beribadah kepada Allah s.w.t. Dua kisah ini menjadikan tauladan dan pengajaran kepada anak murid beliau supaya belajar ilmu untuk mencari dunia dan akhirat. Alim tersebut meninggalkan anak muridnya supaya mereka befikir sejenak akan dua kisah yang baru beliau ceritakan tadi.
Kelas pengajaran berlalu seperti biasa. Meskipun begitu, terdapat beberapa orang anak muridnya yang bercadang untuk menyelinap masuk ke kamar beliau dan mencuri naskah kitab Ilmu Membuat Emas daripada beliau. Hal ini juga terjadi pada anak muridnya yang lebih senior. Akhirnya pertengkaran sulit terjadi bagi kedua-dua pihak anak muridnya untuk merebut kitab tersebut dan siapa yang lebih berhak mendapatkanya. Akhirnya hal ini diketahui oleh Alim tersebut. Khabar angin itu tersebar dengan pantas di tempat pembelajaran mereka. Alim tersebut hanya mengeleng-gelengkan kepala dan menangis kerana mereka yang datang hendak berguru dengan beliau bukan untuk mengejar ilmu dunia dan akhirat tetapi hanya mahu mengambil kesenangan dunia. Sedangkan perjuangan menuntut ilmu itu merupakan fisabilillah dan boleh dikira jihad. Dia juga kesal dengan tingkah laku anak muridnya yang senior yang juga mahu merebut kesenangan dunia walaupun sudah berkali-kali di ajar supaya mengejar akhirat dan dunia akan dapat digenggam dengan tangan dan dipijak dengan kaki. Mungkin mereka masih lagi belum dapat memahami dan menghadam maksud disebalik pengajaranya itu.
Pada kemuncak pertengkaran antara anak muridnnya, orang alim tersebut memanggil semua pelajar supaya berkumpul di sebuah tempat lapang dan diadakan perhimpunan secara spontan. Semua orang di tempat belajar itu dari guru hingga murid dipanggil untuk perhimpunan spontan itu. Setelah semuanya berkumpul, alim tersebut memberikan sedikit ucapan mengenai yang dia dengar dan apa yang bakal berlaku jika tidak dilakukan perhimpunan spontan ini. Semua pelajar terdiam dan mendengarnya dengan khusyuk akan apa yang disampaikan oleh alim tersebut. Akhirnya beliau meminta supaya unggun api yang besar disediakan di tengah-tengah tapak perhimpunan tersebut. Bila api sudah mula marak dan membesar, beliau berkata kepada pelajarnya jika mahukan dunia carilah ilmu duniawi; jika mahukan akhirat carilah ilmu ukrawi; dan jika mahukan kedua-duanya, maka carilah ilmu dunia dan akhirat. Selepas berkata sedemikian, beliau lantas mencampakan kitab 'Ilmu Membuat Emas' ke dalam unggun api yang marak itu sambil diperhatikan oleh semua orang. Alim menunggu sehingga kitab itu betul-betul hangus dan menjadi debu yang beterbangan. Kemudian dia menangis dan berlalu pergi. Anak muridnya juga turut menangis dan menyesali akan sikap tamak masing-masing dan terpersong niat asalnya untuk berguru menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada-dada manusia dan Maha Luas Pengetahuanya.
0 Cerita Utama:
Post a Comment