February 12, 2014

Kenapa Nutrisi Sihat Harganya Mahal?

   Apa? Seratus lebih sebotol? Mahalnya? Itulah kata-kata yang sering saya dengar sewaktu memperkenalkan harga bagi sebotol F1 Herbalife. Kadang-kala terfikir juga kenapa harganya terlalu mahal. Sedangkan, untuk membelinya untuk diri sendiri juga kadang-kala boleh tersasul. Tetapi memikirkan untuk jaminan kesihatan dalam jangka masa yang panjang, saya redhakan juga dan tabahkan hati untuk menggunakan produk Herbalife sebagai satu wadah pemakanan sihat. Ada juga kawan-kawan dan saudara-mara yang menyokong dan memberikan semangat supaya terus berusaha untuk menurunkan berat badan. Tidak kura juga yang suka mengusik dan menyakat apabila diri ini sedang mempromosikan pemakanan sihat kepada mereka. Tapi tidak mengapa. Ini semua hanyalah ujian. Kata kuncinya, tabahkan hati, sabar dan berusaha bersungguh-sungguh. Apabila terasa down atau hilang semangat, sedikit sebanyak menulisnya di blog tentang apa yang sedang saya hadapi dapat membantu saya menaikan semangat dan kembali di dalam landasan matlamat untuk mencapai berat badan yang ideal. Bukan mencari publisiti murahan ataupun mencapap, tetapi mungkin memerlukan sedikit perhatian dan sokongan dari rakan-rakan dan anda semua yang membaca.

   Teringat juga ketika berbicara mengenai kesihatan dengan seorang uncle di taman tasik Y,  Batu Pahat. Katanya kesihatan amat penting dijaga tidak kira waktu susah mahupun senang kerana wang tidak mampu membeli kesihatan sepenuhnya. Ada juga yang memberitahu saya untuk menjaga kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat perlulah dititikberatkan. Pengambilan gula dan garam perlu dikurangkan. Nasi juga perlu dikurangkan. Sayur dan juga sumber protein boleh diambil lebih kerana mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian. Senaman juga perlu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu sekali. Saya mengambil kata-kata mereka sebagai nasihat dan pembakar semangat untuk menjaga kesihatan yang lebih baik. Ingat! Kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan yang tidak sihat dan isi perut yang kotor. Semoga apa yang kita impian tidak goyah hanya kerana masalah kewangan ataupun kurangnya disiplin diri. Saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa akan apa yang saya impikan untuk tahun ini iaitu berat badan yang ideal. Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Saya akhiri dengan kata-kata dari bijak pandai. "Antara nikmat yang sering kita lupakan ketika senang ialah nikmat kesihatan dan ketika berada dalam waktu lapang." 

0 Cerita Utama:

Post a Comment