Musim kemarau sudah tiba mengantikan musin tengkujuh yang datang silih berganti saban tahun. Kebiasaanya, bila bulan Febuari hingga Ogos tiba, cuaca akan menjadi sangat panas hingga mengakibatkan kemarau. Hal ini berlaku dikatakan kerana perubahan angin monsun di kawasan Asia Tenggara. Terdapat pokok-pokok kecil yang layu dan mengering hinggakan cuaca yang panas tadi akan membakar pokok kering tersebut lalu berlakulah kebakaran kecil yang terjadi di banyak kawasan. Seluruh kawasan terjejas teruk akibat kepanasan melampau yang berlaku hinggakan tanaman-tanaman rosak, ternakan banyak yang mati dan catuan air terpakasa dibuat. Semua kawasan terkena tempias cuaca panas melampau termasuklah di sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Aur yang terletak di kawasan Barat negeri Singgahsama.
Di dalam Sungai Aur tinggalah kehidupan air yang bernama ikan. Ada juga penghuni lain yang ada di sungai aur seperti memerang, katak dan ular. Di Sungai Aur itu terdapatlah sekor katak Tua yang tinggal di dalam paya sungai Aur. Dia juga turut merasakan perubahan yang berlaku pada keadaan sekitar SUngai Aur. Semakin hari dirasakan cuaca semakin panas. Begitu juga paras Sungai Aur yang semakin hari semakin cetek. Katak Tua akan mandi di Sungai Aur lima kali sehari kerana kepanasan yang melampau itu. Ikan-ikan juga turut mengadu yang kedalaman air semakin berkurangan dan dikhuatiri sungai akan menjadi cetek dan kering. Mereka meminta pendapat dari Katak Tua yang banyak ilmu dan pengalaman. "Hai Katak Tua, apakah pendapatmu akan cuaca panas yang melampau ini? Hujan juga sudah lama tidak turun. Apakah penyelesaianya hai Katak Tua lagi budiman." tanya ketua ikan Haruan yang datang berjumpa dengan Katak Tua. Sememangnya dia amat risau dengan perubahan cuaca yang mendadak itu kerana mengenangkan nasib anak buahnya yang mengadu banyak tempat sudah kekeringan air. Katak Tua memberitahu ketua ikan Haruan. "Amat jarang sekali pekara-pekara sebegini terjadi di dalam Sungai Aur. Tidak pernah pun dalam sejarah Sungai Aur pekara seperti kemarau merosakan kita semua. Lagipun sudah berapa lama tempat ini tidak turun hujan selepas musim tengkujuh. Saya rasa ini adalah malapetaka kerana ada antara kita yang melakukan kerosakan di muka bumi Allah yang hijau ini." Ketua Ikan Haruan mengangguk-angguk mengiyakan percakapan Si Katak Tua itu. Jadi adakah Tuan mempunyai apa-apa penyelesaian terhadap pekara ini? Kebetulan, saya sudah mengerahkan anak buah saya supaya menembak benih hujan di atas langit yang tinggi sebagai satu ikhtihar untuk menjadikan langit berawan dan seterusnya menurunkan hujan. Katak Tua lantas menjawab. "Ketahuilah kamu bahawasanya hanya Allah yang Maha Mengetahui dibumi manakah akan diturunkan hujan dan semua itu ada dalam pembendaharaanya yang Maha Luas." Mendengarkan jawapan Si Katak Tua itu, ketua Ikan Haruan terus beristifar dan memohon keampunan dari Allah. "Jika begitu apa pendapatmu wahai Katak Tua yang budiman? Apa harus kita lakukan untuk mengelak bala bencana ini. Jika dibiarkan akan pupuslah spesis kita dalam sungai Aur yang makmur ini."
Katak Tua merenung Ketua Ikan Haruan yang berada di sebelahnya.Dia melihat sekitar keadaan Sungai Aur yang semakin teruk dilanda kemarau. Rumpai air dan bunga teratai yang selalu menjadi tempat permainan anak katak kini kian menguning dan kering. Tiada lagi kelihatan anak katak bermain-main sambil bernyanyi riang menunggu hujan turun. Ular yang dulu juga banyak di sekitar Sungai Aur juga kian berkurang. Mungkin juga berpindah ke tempat lain mencari rezeki yang lebih banyak. Katak Tua berfikir sejenak. Dia memandang lagi ketua Ikan Haruan. Perangainya memang mirip ayahnya iaitu kawan karibnya dulu Ikan Haruan Besar. "Saya rasa kita perlu berdoa beramai-ramai antara kita, meminta Allah menjauhkan bala dan menurunkan rahmat kepada kita Semua. Tahukah kamu hai Ketua Ikan Haruan, hujan merupakan rahmat dari Allah dan setiap titisan hujan yang turun ke bumi disertakan sekali satu malaikat bersamanya sebagai tanda rahmat darinya." Ketua Ikan Haruan diam dan mendengar apa yang diperkatakan oleh Katak Tua dengan penuh fokus. Selepas beberapa lama berada ditempat Katak Tua, Ketua Ikan Haruan pun pulang dan meminta anak buahnya berkumpul. Dia hendak penyampaikan salam Katak Tua dan perkhabaran darinya. Dia meminta semua ikan haruan hadir untuk bersama-sama berdoa kepada Ilahi untuk dijauhkan bala dan diturunkan rahmat pada Sungai Aur. Maka berkumpulah para ikan haruan dan berjemaah bersama-sama meminta doa kepada Ilahi. Selepas majlis juga akan diadakan kenduri oleh ketua Ikan Haruan. Jadi suatu kerugian bagi mereka yang tidak hadir ke majlis berdoa itu. Keadaan seperti itu berlanjutan selama tiga hari berturut-turut.
Selang beberapa minggu, awan mula gelap menandakan hujan akan turun. Seluruh kawanan Ikan mua belonjak gembira. Akan tetapi Si Katak Tua melarang mereka dari mengadakan keramaian kerana belum tahu apa yang akan hadir itu tuah atau bencana. Katak Tua menegah mereka kerana selalu melihat manusia akan berlari-lari masuk ke dalam rumah dan masjid sewaktu hari gelap dan awan mula kehitaman. Mereka risau akan suasana itu dan berdoa kepada Allah. Katak Tua mengarahkan supaya seluruh kawanan ikan berdoa dan jangan bersuka-ria. Tidak berapa lama selepas itu, hujan pun turun mencurah-curah ke dalam Sungai Aur. Mereka semua menyambutnya dengan gembira dan bersyukur dengan rahmat Allah. Ini juga memberi pentanda bahawa musim kemarau sudah berakhir buat warga Sungai Aur.
0 Cerita Utama:
Post a Comment