Baru-baru ini admin membawa balik penimbang berat dari kampung ke rumah sewa. Maka setiap pagi admin akan menimbang berat badan. Selalunya apabila badan sudah berasa ringan dan mula rasa hendak menimbang berat badan, meter bacaan penimbang kebiasaanya akan menunjukan bacaan 80kg dan ke atas. Sudah 3 tahun bacaan penimbang belum lagi jatuh 80 kg ke bawah. Jadi admin membawa satu misi untuk menewaskan bacaan 80kg pada bacaan penimbang berat itu. Siap kau lemak degil. Mudah-mudahan admin dapat mencapai target untuk mencapai berat badan yang ideal. Oh yeah! Usaha yang berteruskan pasti mendatangkan hasil. Doakan yang terbaik buat admin ya.
Oh ya. Semalam seorang pensyarah baru pulang dari umrah. (Bercerita hanya untuk berkongsi kegembiraan dengan pembaca). Dia bercerita tentang Masjid Nabawi dan menyampaikan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w. Perjalanannya mengerjakan Sai dari Bukit Safa ke Bukit Marwa juga banyak memberikan cerita tentang pengorbanan Siti Hajar kepada anaknya Nabi Ismail a.s. Katanya, dalam melaksanakan sesuatu keperluan, usaha perlu ada seperti usaha Siti Hajar berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa sebanyak 7 kali pusingan. Dengan usaha secara sunatullah, barulah air zam-zam keluar dari perut bumi hasil hentakan kaki Nabi Ismail a.s. yang menangis kehausan dengan kudratullah. Begitulah perkaitanya dengan kehidupan kita pada hari ini. Usaha secara sunatullah dan barulah kudratullah akan datang. Ceritanya lagi antara tempat mustajab berdoa adalah seperti di Raudhah, Hijr Ismail , Hajaratul Aswad dan di hadapan Ka'bah. Mudah-mudahan doa kita diperkenankan. Amin. Sampai di sini sajalah cerita admin mahu menewaskan 80kg dan cerita dari Mekah. Salam Jumaat semua.
0 Cerita Utama:
Post a Comment