September 09, 2014

Dogeng Rakyat Moden : Penyelesaian Masalah

   Ali duduk seketika di meja tulisnya. Dia termenung. Sudah beberapa formula kimia yang dia gunakan untuk menyelesaikan masalah kajianya itu. Namun semuanya mengalami jalan buntu. Dia beristighfar sebentar. "Sudah beberapa kali percubaan. Kenapa aku masih gagal." Ali berbicara di dalam hatinya sendiri. "Astarfirullah al-azim." Lama juga dia termenung di atas meja kerjanya. Sekali-sekala dia menoleh ke luar jendela. Mencari ilham agaknya. Tiba-tiba dua ekor burung hinggap di jendela rumahnya. Bermain-main dan bersiul merdu. Kicauan burung itu membuatkan Ali terleka sebentar. Dia asyik melihat sepasang burung menari-nari di luar jendela rumahnya. Bersebelahan dengan tempatnya bekerja dan mencari ilham. "Subahanallah. Cantiknya burung ni. Merdu betul suaranya." Ali begitu kagum dan asyik dengan kecantikan dan keindahan burung itu. "Alangkah bertuahnya kau burung. Kau hidup dengan riang gembira dan bersuka ria. Sementara, nasib aku di dunia belum tahu lagi. Di akhirat kelak bagaimana? Kau takan dihisab burung. Habis hayat kau di dunia maka habislah kehidupan kau. Tetapi aku. Habisnya kehidupan aku di dunia bukanlah penamat bagi segala-galanya. Aku akan dihisab atas apa yang aku lakukan di muka bumi. Aku akan bertemu Barzakh. Sebelum aku bertemu Mahsyar, Mizan dan Sirat. Kemudian ke mana burung? Syurga atau Neraka? Hanya dengan rahmat Allah sahajalah aku terselamat." Tiba-tiba Ali menitiskan air mata apabila dia teringatkan perjalanan hidupnya. Meskipun dia sudah mahsyur di serata alam kerana berjaya mengubati penyakit Putera Nuh, dia tetap merasakan bahawa dirinya kerdil di pandangan Allah s.w.t.

   Sepasang burung yang bermain-main tadi terbang meninggalkan jendela rumah Ali. Mungkin sudah hampir waktu petang. Burung-burung tadi mungkin mahu pulang berehat-rehat sebelum kembali ke sarang. "Selamat jalan burung. Pulanglah kau ke sarang dengan perasan senang hati." Ali teringat akan sebuah cerita bahawa setiap ekor burung yang keluar dari sarang pada waktu pagi akan pulang pada waktu petang dengan perut yang kenyang. Sesungguhnya Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Sifat burung yang sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap masa memudahkanya untuk mencari rezeki walau berada di mana-mana. Maha Suci Allah. Ali beredar dari meja kerjanya untuk mengambil wudhuk. Tidak berapa lama lagi waktu Asar akan tiba. Dia mahu menunaikan solat sunat dua rakaat untuk mencari ilham bagi menyelesaikan masalah kerjanya. Ali sudah terkenal di serata alam dengan kebijaksanaanya dalam ilmu perubatan. Kitab-kitabnya sering menjadi rujukan para pelajar universiti terutama pelajar perubatan. Dia percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering sentiasa bergantung pada unsur lain di alam ini. Ali juga percaya bahawa tubuh badan manusia sendiri terdapat ketahanan semujadi (antibody) untk melawan penyakit. Jadi, dia percaya selain keseimbangan keempat-empat unsur tadi dalam badan manusia, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Ali menyudahkan solat sunatnya. Dia yakin bahawa setiap pekara datang dari Allah. Penyelesaian bagi setiap pekara juga datangnya dari Allah. Senang kata, dari Dia kita datang dan kepada-Nya jugalah kita dikembalikan. Sesudah usai solat sunat, dia beristifar sebentar sambil berwirid. Kemudian dia berdoa memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Semoga segala urusannya di dunia dan di akhirat dipermudahkan Allah hendaknya. Amin.

   Kedengaran azan Asar sudah berkumandang di angkasa raya. Ali bergegeas bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardu. Dia meninggalkan meja kerjanya sebentar bagi menyahut seruan teragung. Solat. Tanpa berlengah-lengah, dia melangkah untuk ke masjid yang hanya beberapa bangunan sahaja dari rumahnya. Fikiranya lapang dari segala urusan dunia yang memeningkan kepala. "Wahai dunia. Kau akan aku lupankan sekejap. Untuk urusan yang lebih Agung untuk aku besarkan." Ali melangkah dengan tenang ke masjid. Pernah suatu ketika, sewaktu Putera Nuh menghidap suatu penyakit yang tidak diketahui, Ali dipanggil ke istana untuk menghadap Raja. Dia dikahbarkan bahawa Putera Nuh mengidap penyakit yang tidak diketahui. Puas semua tabib dan doktor datang untuk berubat, namun tiada seorang pun yang berjaya untuk mengubatinya. Ali kemudianya dipanggil oleh pihak istana apabila khabar dari orang ramai tersebar bahawa dia boleh mengubati penyakit. Akan tetapi, Ali diugut untuk dihukum bunuh sekiranya gagal untuk mengubati penyakit Putera Nuh. Mulai dari situ, dia dikurung di istana untuk menjadi perawat kepada penyakit Putera Nuh. Saat-saat seperti itu hanya Allah s.w.t sahajalah yang tahu. Dia melakukan kajian yang terperinci selama beberapa hari untuk mengenal pasti penyakit Putera Nuh itu. Jika kebuntuan jalan, dia akan mendirikan solat sunat dua rakaat untuk mencari petunjuk dari Allah dan penyelesaian masalah. Begitulah rutin harianya di istana hinggalah pada suatu hari dia berjaya menemui penyakit yang membuatkan Putera Nuh jatuh gering. Dia segera meminta beberapa jenis herba dari pihak istana untuk mencarinya untuk dijadikan penawar bagi penyakit Putera Nuh. Selang beberapa minggu kemudian, Putera Nuh sembuh dari sakitnya. Raja begitu gembira sekali. Baginda mengadakan jamuan dan majlis keramaian untuk rakyat jelata. Baginda menghadiahkan bermacam-macam hadiah dan kebesran kepada Ali. Ali bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. Alhamdulillah. Dia berjaya menemui vaksin atau penawar bagi penyakit Putera Nuh. Semenjak dari peristiwa itulah, namanya menjadi mahsyur di kalangan ahli perubatan. Adakalanya juga dia menjadi rujukan untuk perbincangan dan usul dalam ilmu perubatan. Ali giat menulis kitab-kitab untuk menjadi rujukan kepada generasi akan datang. Dia percaya bahawa Allah Maha Pemberi segala-galanya. Dia mahu hidup dalam rahmat dan redha Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Takaballahuminkum...




0 Cerita Utama:

Post a Comment