May 26, 2015

Komen Buku : Nota Jutawan, Nota Motiavsi

  
 Salam Kejayaan semua...Apa khabar? Lama kita tak tulis menulis dalam blog ni. Haha... Admin mencari kesempatan masa yang terluang untuk tulis post terbaru dalam rahimpengasih. Okey. Sekian lama kita tak ada apa-apa cerita, marilah kita mulakan cerita pasal buku yang taklah berapa baru dipasaran. Tetapi amat berbaloi untuk dimiliki. Nota Jutwan, Nota Motivasi dari Jutawan Internet negara kita, Dr Irfan Khairi.

   Nota Jutawan, Nota Motivasi banyak memberikan tips-tips berguna kepada pembaca untuk konsisten bermotivasi untuk berjaya. Dengan erti kata lain, motivasi ibarat momentum kita dalam membina sesuatu kejayaan. Dengan momentum, kita dapat menyelesaikan sesuatu kerja yang besar dan berat. Motivasi dalam diri kita juga bergerak seiring dengan momentum. Jika momentum kerja kita kurang bermakna kita kekurangan motivasi. Apa yang kita perlukan adalah motivasi dari orang yang positif untuk menambah momentum kerja. Lakukan kerja hingga berjaya. Contohnya sangat mudah. Bayangkan anda sedang menulis novel. Anda kini sudah separuh jalan untuk menyiapkan novel anda. Lebih kurang dalam Bab 5 atau Bab 6. Adakah anda mahu berhenti menulis pada Bab tersebut dan menyimpan karya anda di dalam fail? Apa akan jadi jika anda berhenti pada Bab tersebut? Mungkin sampai bila-bila karya anda tidak disiarkan. Jadi, anda perlu membina momentum kerja untuk menyiapkan penulisan anda. Anda perlukan motivasi setiap hari untuk membina momentum  menyudahkan penulisan novel. Bila picu motivasi anda telah dihidupkan, anda akan menulis setiap hari kerana adanya momentum kerja yang tinggi kerana termotivasi untuk menyudahkan penulisan novel anda. Cuba bayangkan kereta api yang sedang bergerak laju dengan momentum yang besar. Pasti sangat sukar untuk memaksa kereta api itu berhenti kerana adanya momentum yang besar. Sama seperti diri kita yang termotivasi.

   Permulaan buku ini memberitahu kita tentang pilihan hidup kita sendiri. Mahu jadi orang kaya atau orang miskin? Hidup ini pilihan. Kita perlu menentukanya sendiri. Bagi orang sederhana, kita boleh memilih untuk meniru cara kerja orang kaya atau cara kerja orang miskin. Bagi saya, siapa rajin dia beruntung. Siapa malas dia juga yang rugi. Dr Irfan Khairi juga mahu kita membuat perancangan setiap hari. Senaraikan pekara yang perlu dilakukan setiap hari agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Senaraikan juga Pekara JANGAN DIBUAT! Akhir sekali, beliau menasihatkan tentang cara kita mencapai kejayaan. Ada yang Berjalan dan ada pula yang Berlari. Secara keseluruhan, buku ini sarat dengan motivasi untuk kita membina momentum kejayaan. Anda yang memilih untuk berjaya harus memiliki buku ini. Beliau bertanya, "Jika anda ada RM 40, di mana anda mahu laburkan wang anda itu?" Jawapan saya. "Beli buku ini. Nota Jutawan, Nota Motivasi."    http://www.irfankhairi.com/blog/nota-jutawan-nota-motivasi/


0 Cerita Utama:

Post a Comment