"You Pilih A ke B? You kena buat pilihan. Antara I dengan Zura." "Tapi you, I tak boleh nak buat pilihan you atau Zura. I tak boleh nak lebihkan you saja" Antara banyak-banyak dialog kehidupan, dialog ini adalah yang paling sukar sekali untuk dibuat pilihan. Antara A atau B. Anda pilih yang mana? Dalam setiap persoalan, haruslah ada pilhan jawapan yang paling tepat. Sekurang-kurangnya pilihan untuk diri sendiri. Dialog televisyen di atas menceritakan tentang seorang lelaki yang harus memilih salah seorang wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Lelaki ini haruslah membuat pilihan yang tepat. A atau B?
Lelaki tersebut akan dikira tamak jika memilih A dan B. Maka akan terjadilah apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong berciciran. Jadi, sesiapa yang mengejar dua ekor arnab dalam satu-satu masa, dia tidak akan dapat pun mana-mana arnab. Fikir dahulu sebelum membuat pilihan. A atau B. Jangan emosi. Gunakan akal dan hati nurani dalam membuat pilihan. Jangan pula sampai tak buat pilihan lansung kerana tekanan daripada A atau B. Jika Lelaki itu tidak membuat apa-apa pilihan jawapan A atau B, dia sudah dikira GAGAL kerana tidak membuat apa-apa pilihan. Setiap pilihan jawapan A atau B ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, tepuk dada sekali lagi untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Jadi, sekali lagi saya mengingatkan, sila pilih A atau B.
Macamana pula jika A atau B akan me'reject' anda? Jangan risau dan jangan frust menonggeng. Teruskan mencari pilihan jawapan yang lain. Mungkin C atau D ada pilihan yang tepat untuk persolaan anda. Doa. Teruskan berusaha tanpa berputus asa. InsyAllah, ada jawapan pada setiap persoalan anda. Jika anda berniaga jualan lansung. Anda berjalan kaki menjual minyak wangi dari seorang ke seorang. Antara sepuluh orang yang anda jumpa, mungkin hanya seorang sahaja akan membeli minyak wangi anda. Jadi, susunan jawapan anda akan menjadi lebih panjang. Bukan hanya A atau B sahaja. Malah A B C D E F G H I dan J. Dah panjang sangat pula. Jadi, jangan takut di reject. Percaya pada kata hati anda. Pasti akan ada jalan keluar bagi apa-apa masalah. InsyaAlalh. Salam sayang dari admin rahimpengasih....
0 Cerita Utama:
Post a Comment