Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya esok. Malam ni dah terawih. Jomlah kita ke masjid. All right! Hari ini admin nak sambung cerita minggu lepas berkenaan Magnet Duit. Hari tu macam cerita tak habis pula. Jom kita cerita habiskan. Tak baik cerita separuh-separuhkan? Betul. Betul. Betul...
Dalam seminar yang dikendalikan oleh Dr Azizan ada memberitahu tentang Magnet Duit. Admin juga pertama kali mendengarnya pada seminar beliau. BERANI dan BANGKIT. Kata beliau jadikan diri kita ini magnet. Sifat magnet yang seperti kita tahu, ianya akan menarik apa-apa sahaja unsur besi yang terdapat disekitarnya. Andainya kita sendiri yang mnejadi magnet, maka duit yang berada berdekatan kita pun akan terlekat kepada kita. Macam mana pula tu ceritanya? fikir admin.
Dr Azizan menerangkan, bahawa kita sendiri boleh menjadi mangnet dengan beberapa cara. Antara yang ditekankan oleh beliau ialah berkenaan dengan solat sunat duha di awal pagi. Selesai solat menunaikan solat duha, tadah tangan dan mita doa daripada Allah s.w.t yang Maha Pemberi. Kita tak perlu sombong dan malu untuk meminta daripada Allah yang Maha Memberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Mintalah dengan sebenar minta. Mengadulah sepilu-pilunya kepada yang Maha Mendengar kerana Allah sentiasa berada dihadapan hamba-hamba-Nya yang sabar.Minta. Minta. Dan Minta kepada yang Maha Memberi. Mudah-mudahan doa kita akan dikabulkanya.
Cuba kita semak doa selepas solat sunat duha. "Ya Allah, Sesungguhnya, waktu Duha itu Duha-Mu, Keindahan-Nya Keindahan-Mu, Kecantikan-Nya Kecantikan-Mu, Kekuatan-Nya Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Nya Kekuasaan-Mu, Pelindungan-Nya Pelindungan-Mu; Ya Allah, jika rezeki masih dilangit ya Allah turunkanlah, jika di bumi ya Allah keluarkanlah, jika sukar ya Allah permudahkanlah, jika haram ya Allah sucikanlah, jika jauh ya Allah dekatkanlah. Berkat waktu Duha ya Allah, keindahan-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, pelindungan-Mu ya Allah. Limpahkan, kepadaku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Doa ini mengandungi magnet rezeki.
Banyak pula rasanya saya bercerita. Macam nak sambung lagi pula. Sebenarnya artikel-artikel ini yang tulis dalam rahimpengasih adalah untuk peringatan saya sendiri. Pesanan saya, bercampurlah dengan orang-orang yang positif dan jadi positif, kerana orang positif akan menarik banyak pekara-pekara kebaikan untuk dikongsikan bersama. Ini pun salah satu manget juga. Salam Positif. Salam Ceria. Dari admin rahimpengasih...
0 Cerita Utama:
Post a Comment