Salam Jumaat. Hari ini sudah 25 Syaaban. Lagi 5 hari InsyAllah puasa. Hurm! Kenapalah sejak akhir-akhir ini admin banyak bercerita, tentang motivasi, tentang duit-duit, dan tentang membuat pilihan dalam hidup. contohnya pilih A ke B? Allah lagi Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati admin. Okey. Lupakan sebentar apa yang merunsingkan, Jom mari bercerita di rahimpengasih...
Admin teringat satu kisah lapuk yang memberi banyak sumber inspirasi dalam hidup. Sewaktu di UTeM. Hari minggu hujung tahun 2009, kami akan menghadiri Kursus Asas Blog Siri 1 yang dikendailikan oleh GPMS. Kursus ini akan dibentangkan oleh seorang pensyarah FTMK,UTeM. Dr Burairah. Sebelum kursus ini bermula, Dr Burairah bertanya peserta dengan soalan berbunyi begini."Siapa di sini rasa duit penting?" Maka ramailah diantara kami yang mengangkat tangan. Saya masih lagi simpan tangan. "Okey. Siapa pula di sini rasa duit tak penting?" Sekali lagi Dr Burairah bertanya. Kali ini saya mengangkat tangan. Hanya tiga orang di antara kami mengangkat tangan untuk soalan ini. Selebihnya sudah mengangkat tangan tadi dan ada yang tak mengangkat tangan lansung. Oleh kerana admin selalu sangat menonjol dan menjadi daya tarikan orang, Dr Burairah memanggil admin ke hadapan.
Setelah reda bunyi tepukan dari peserta untuk admin, Dr Burairah memeluk bahu admin sambil bertanyakan nama. "Okey bang. Nama siapa bang? Okey. Rahim. Kenapa awak rasa duit tak penting?" Tanya Dr Burairah. Apabila mikrofon diberikan kepada admin, admin pun tersengih-sengih. "Bagi saya ada benda yang lebih pentig daripada duit Dr." Jawab admin. "Okey apa dia tu Rahim. Boleh share?" Balas Dr Burairah lagi. "Bagi saya cinta dan kasih sayang lebih penting dari wang ringgit Dr." Admin mula serius menjawab soalan itu. "Betul tu Rahim. Terima kasih." Dr Burairah meminta admin kembali ke tempat duduk.
Kemudian beliau menyambung. "Apa yang dikatakan oleh saudara tadi memang betul. Tapi. Kita kena ingat. Dalam dunia sekarang, kita memerlukan duit untuk melakukan pelbagai pekaran penting. Duit sebagai keperluan hidup. Duit bukan segala-galanya, Tetapi segala-galanya memerlukan duit." Terang Dr Burairah lagi. "Hendak bercinta, mendirikan rumah tangga pun perlukan duit. Lampin susu anak, belajar sekolah anak. Semua itu memerlukan duit." Panjang lebar Dr Burairah bercerita. Samapai lampin susu anak lagi. Kami yang bujang-bujang tercengang seketika.
Saya teringat pula pesanan dari guru saya apabila saya bertanya kepada beliau. "Duit ini sebenarnya apa Datuk?" Tanya saya. "Duit adalah alat." kata Datuk. Mungkin duit ini ibarat cangkul atau kapak yang selalu digunakan oleh orang terdahulu. Dah orang beritahu seperti alat fikir saya pada ketika itu. Dengan cangkul itu, orang dahulu akan mencangkul tanah. Menanam pokok. Dan hasilnya akan dijual dipasar untuk mendapatkan duit. Dengan kapak pula, mungkin orang dahulu akau membelah pokok. membelah kayu untuk dibuat papan dan kayu api. Boleh juga digunakan untuk membuat rumah, dijadikan kayu api memasak dan dijual kepada siapa yang mahu untuk mendapatkan duit. Memang inilah yang saya fikirkan ketika itu. Mungkin ada betulnya jugakan!
Atok saya pula berpesan, setiap bulan pada hari gaji. Duit hendaklah diasingkan betul-betul. Sementara menunggu hari gaji, duit dalam poket tidak boleh dihabiskan. Cari jalan bagaimana untuk berjimat. Masak sendiri makanan lebih elok dan menjimatkan. Apabila sudah bekerja, betul juga kata Atok tempoh hari. Belajar untuk berjimat-cermat dan menyimpan.
Macam panjang sangat cerita hari ini. Kita sambung cerita jilid 2 nanti ya....huhu... all right... Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
0 Cerita Utama:
Post a Comment