Selamat Hari Raya Aidilfitri. Apa khabar semua? Alhamdulillah. Sihatlah hendaknya. Kad raya dah pun saya kirimkan. Kepada yang menerima kad raya dari saya tu, terima kasihlah kerana sudi menjadi pembaca kepada blog saya yang biasa-biasa ini. huhu... Terima kasih dan terharu. "Akhirnya aku dah ada 10 followers setelah 5 tahun aku berblog." Kata admin di dalam hati. Tak apalah. Proses belajar menulis. huhu. Okey! Kita tak nak cerita perkara sedih-sedih. Kita nak fokus.. Fokus untuk apa kawan-kawan? Mari saya cerita...
Sebenarnya,admin tengah membuat satu projek penulisan. Dan admin memerlukan fokus dan semangat dari kawan-kawan semua untuk menyiapkan projek penulisan ini. Doakan saya ya kawan-kawan. Bila projek ini dah siap nanti, saya janji akan cerita dengan lebih lanjut lagi tentang projek saya ini. InsyAllah. Amin. Hurm! Bila bercerita berkenaan fokus, apa yang saudara-saudari fikirkan? Fokus SPM? Fokus A? ataupun Skor A? Mungkin itu yang kita fikirkan sewaktu sekolah dahulu. Tetapi, bila dah habis sekolah, habis belajar, apa yang ingin kita fokuskan pula? Beri tumpuan pada keluarga? Besarkan anak-anak? Mungkin juga. Bagi kaum Adam pula? Fokus nak naik pangkat? Nak tambahkan income keluarga? Nak beli kereta baru? Ada betulnya jugakan! Jadi, fokus ini bukan hanya ketika untuk belajar sahaja rupanya. Kita juga perlu fokus dalam melakukan sesuatu kerja sehingga selesai. Begini rupanya ya!
Fokus. Fokus. Fokus. Letakan matlamat dalam hidup tentang apa yang kita inginkan selama ini. Contohnya, kita berimpian mahu memiliki kereta kancil. Jadi, kita harus meletakan matlamat bila kita hendak memiliki kereta kancil itu. Jenis apa? Model apa? Warna apa? Ini semua penting dalam membina imaginasi cemerlang. Kemudian, kita perlu fokus dalam usaha mendapatkan kereta kancil itu. Fokus. Fokus.. dan Fokus... Doa. Ada usaha, ada ikhtiar, InsyAllah kita akan memiliki kereta kancil yang di idam-idamkan selama ini suatu hari nanti. Buat tanpa tapi, Lakukan tanpa nanti! Macam pakar motivasi pula. Admin sekarang suka tulis-tulis dan cerita pasal benda-benda positif dan bermotivasi dalam blog rahimpengasih ni. Rasanya, macam bersemangat pula setiap hari...haha. Alhamdulillah! Cuba tengok kat atas blog admin, judul blog rahimpengasih pun admin dan tukar. huhuhu. "Jiwa hamba, jiwa humble." "Ini baru cerita orang lelaki..." haha. Check it up! Terima kasih kawan-kawan semua yang masih menyokong saya sehingga sekarang... Never give up!
0 Cerita Utama:
Post a Comment