August 21, 2015

Bestnya Pergi Seminar Motivasi

   Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Hari ini admin nak bercerita akan semangat motivasi positif. Kenapa? Sebab admin baru balik dari Seminar Magnet Kejayaan 2015 di M. S. Garden Hotel, Kuantan. Diri saya baru kena cas dengan aura-aura positif. Rasanya macam ada aura 'dragon ball' pula lepas keluar dari dewan seminar hari Ahad lepas. Hahaha. Positif. Positif.

   Hari ni, admin nak berkongsi cerita tentang RAS iaitu magnet positif. RAS itu adalah singkatan dalam bahasa Inggeris. Admin pun tidak berapa tahu akan istilahnya yang sebenar. Apa yang admin boleh kongsikan, ialah RAS ini merupakan medan magnet yang terdapat dalam otak manusia. Nak tahu lebih lanjut tentang magnet positi RAS ini? Jom kongsi cerita.


   Setiap seorang daripada kita terdapat magnet RAS ini. Magnet ini menjadi semakin kuat apabila kita sering memikirkan pekara yang kita mahukan berulang-ulang kali. Tidak kiralah pada waktu bila. Bangun tidur ke; pagi; tengah hari; petang hari; malam hari; mahupun sebelum masuk tidur kembali. Mungkin juga terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. Contohnya, kita terlalu menginginkan sebuah kereta kancil SE 850 bewarna putih. Dan kita kerap memikirkanya setiap masa dan ketika. "Aku nak kereta kancillah."; "Aku nak beli kereta kanci SE lah."; "Aku nak naik kereta kancil warna putihlah."; Aku nak pakai skirting baru kereta kancil putihlah." Bayangkan, kita sering memikirkan untuk memiliki kereta kancil SE 850 bewarna putih. Setiap masa adn ketika. Dan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan memilikinya. Amin. Insya Allah.

   Magnet postifi RAS ini seperti kita berimaginasi pekara-pekara yang kita impikan. Bak kata DR HM Tuah Iskandar dalam bukunya 'Membina Imaginasi Cemerlang'. Apa yang penting sekali untuk kita memupuk magnet positif RAS ini adalah, BERFIKIR MENGEJAR MATLAMAT UNTUK KEBAIKAN. BUKAN KEBINASAAN. Fikir pekara yang baik-baik. Fikir nak bantu diri sendiri, nak bantu keluarga, nak bantu lebih ramai orang untuk berjaya. Fikirkan pekara-pekara yang positif setiap masa. Insya Allah, kita akan mendapatkanya suatu hari nanti. Ingat RAS, ingat kancil putih! Positif. Positif.

   Saya teringat akan buku berjudul 'Think and Grow Rich' karya Napoleon Hill Edisi Bahasa Melayu. Buku itu berjudul Think and Grow Rich. bukanya Work hard and Grow Rich. Dengan berfikir positif pun boleh jadi kaya? Macam senang je bunyinya? Kalau macam tu, aku duduk rumah jelah fikir. Tak payah pergi kerja. Salah tu Tuan/Puan. Itu namanya Si Pemalas yang tak nak keluar rumah. Usaha tetap kena ada... Itu sajalah perkongsian admin untuk kali ini. Tentang Mangnet positif RAS. Akan datang, bila saya baru balik dari seminar motivasi lagi, ada pekara-pekara menarik dan positif, saya akan berkongsi cerita lagi buat kawan-kawan semua. Insya Allah. Ingat RAS, ingat kancil Putih. Salam positif kawan-kawan. 
MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG.


0 Cerita Utama:

Post a Comment