September 15, 2015

Jom Bertenang-tenang

   Salam Ceria. Alhamdulillah. Hari ini dah 1 Zulkaedah. Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10, 11, 12 dan 13 Zulkaedah. Esok pula merupakan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. Fuh! Banyak juga cuti pada bulan September ni. Boleh admin bertenang-tenang menyiapkan projek penulisan admin yang dah sampai penghujung ni. Okey. Nak tahu tak kenapa tajuk  cerita hari ini bertenang-tenang? Kalau sedia nak tahu, Jom Kongsi Cerita...

   Admin baru terbaca satu tajuk artikel surat khabar bahawa dengan Bertenang kita dapat mengurangkan Kemurungan. Bagus juga untuk mengelakan Stress. Tapi, macam mana caranya untuk Bertenang? Admin pun tak pernahlah mengikuti mana-mana kursus pengurusan stress ynag mengajar cara untuk bertenang-tenang ni secara formal. Tapi, admin ada beberapa petua yang dapat dikongsikan bersama tentang Bagaimana untuk kita bertenang-tenang dalam hidup. Admin bukanlah pakar dalam bidang psikologi seperti Dato' Doktor Haji Fadzilah Kamsah. Jadi, apa yang admin tahu admin cuba kongsikan bersama buat anda semua. Okey! Begini caranya. 

   Cara-cara untuk mengawal tekanan. 1. Beristifar. Ucapkanlah Astarfirullah al-Azim. Ucapan istifar memang banyak kebaikanya bagi sesiapa yang tahu. Istifar dapat menghindarkan Bala, dan mendatangkan Rezeki. Bila Bala pergi, secara automatiknya Rezeki akan datang kepada kita. Mari kita cuba beristifar sekarang. Astarfirullah al-Azim! Okey! Tahniah. Anda sudah berjaya mengawal tekanan dan kemarahan anda.  2. Tarik nafas dalam-dalam pada posisi sedang duduk. Tahan nafas. Keluarkan nafas perlahan-lahan. Cuba untuk rasa tenang dan relaks. 3. Pilih untuk tidak stress. Dalam satu ceramah motivasi ada menceritakan bahawa Hidup Ini Adalah Pilihan. Begitu juga dengan Stress. Kita yang pilih untuk merasa Stress atau pun tidak. Jadi, Pilihlah untuk tidak Stress. Kawal fikiran. Jangan sampai maklumat-maklumat yang negatif dan tidak benar masuk ke dalam otak kepala kita. Buat apa nak semakan kepala otak kita dengan memikirkan pekara-pekara yang i). Sudah Berlaku dan Tak Dapat Kita Ubah. ii). Sedang Berlaku dan Kita Boleh Lakukan Sesuatu. iii). Belum Berlaku dan Belum Pasti Kebenaranyan. Relaks Sudah!

    Sebenarnya, admin nak bercerita pasal semalam waktu petang-petang. Admin sempat untuk luangkan masa berjalan kaki di sekitar taman apabila pulang dari pejabat. Admin rasa tenang dan relaks sangat apabila dapat berjalan-jalan sebentar menikmati keindahan alam. Terasa nyaman dan damai pula. Bila balik sahaja rumah, admin terus masak nasi dan basuh baju. Tak payah nak tunggu hingga hujung minggu baru nak basuh baju. Penting juga ya pengurusan masa ni rupanya.(Buat orang lelaki yang suka buat kerja cincai) Mungkin kita perlu meluangkan sedikit masa pada setiap hari untuk diri kita sendiri. Bertenang-tenanglah. Jangan bergopoh-gapah dalam melakukan kerja. Kata Imam Shafie pula, Berlelah-lelahlah dalam hidup ini. Kerana kemanisan hidup dapat dirasai setelah berlelah-lelah. Mudah-mudahan admin dapat membantu anda untuk Lebih Bertenang-tenang Dalam Hidup. Selamat Hari Malaysia. 

(Sumber : Google images)

2 comments:

  1. But... It's different story when some people had been diagnosed with mental illnes. Another different approach that must be carry out in order to cope their mental illness

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply..berkenaan artikel night, jika banyak orang sakit,,jadilah orang yang sihat.pakai mask pun boleh senyum selalu..

      Delete