Salam Aidiladha. Hari ini 9 Zulhijjah 1436H. Esok bermulalah Hari Raya Aidiladha selama 4 hari berturut-turut iaitu pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Esok juga para jemaah yang menunaikan fardhu ibadah haji akan wukuf ataupun bermalam di Padang Arafah iaitu di Mina. Sebelum menunaikan ibadah Haji pada keesokan harinya. Esok juga, ibadah binatang korban juga sudah boleh dilaksanakan oleh umat Islam sehingga empat hari berturut-turut. Jadi, sila ringan-ringankan badan tu untuk tolong melapah lembu ya... Okey! Hari ini admin nak bercerita tentang Sihat dan KESIHATAN. Nak tahu tak kenapa kita kena Utamakan kesihatan dalam aktiviti kehidupan kita? Dah sedia nak tahu? Jom Kongsi Cerita...
Cuba kita tengok gambar rajah di atas. Gemoknya Malaysia! Maaf! Bukan Malaysia yang gemok. Tetapi, peratusan pendududk yang mengalami obesiti paling tinggi di Asia Tenggara adalah penduduk Malaysia berbanding negara-negara serantau yang lain. Tempat kedua jatuh kepada Thailand, di ikuti oleh Singapura, Filipina, Indonesia, Myanmar, Loas, Kemboja dan yang paling sedikit adalah Vietnam. Wow! Tingginya kadar Obesiti di negara kita ya. Fakta ini menjadi sebab yang kuat untuk kita ambil Perhatian tentang tahap kesihatan kita. Khususnya rakyat Malaysia.
Saya mengingatkan diri saya sendiri supaya jaga kesihatan. Baca buku dan fahamkan akan keperluan Gaya Hidup sihat. Fikir sebentar akan apa yang kita hendak makan. Apa yang kita nak masukan dalam mulut kita tu. Lemaknya macam mana. Sayurnya ada ke tidak. Nasinya banyak mana. Asingkan kulit ayam dengan daging ayam. (Jadi cerewat sedikit nak pilih-pilih makanan untuk jaga kesihatan apa salahnya). InsyaAllah, kita akan rasa sendiri perubahan dalam kesihatan peribadi kita. Amalakan juga senaman dan aktivit riadah. Paling senang, berjalan kaki secara santai atau berjoging sahaja di taman rekreasi berdekatan kediaman anda. Bila dah beriadah ni. Hati kita tenang. Fikrian merasan lapang. Badan sihat , Otak cergas!
Ada satu fakta yang menarik ni pasal berjalan Tuan/Puan. Kenapa kita kena berjalan ya? Dan kenapa pula bila kita berjalan kita melangkah ke hadapan? (Maaf! Ini bukan soalan bodoh.) Saya terdengar tentang fakta menarik ni di TV3 pada siaran Malaysia Hari Ini. Pengacara Ally Iskandar ada memberitahu bahawa tubuh badan manusia memang Allah swt jadikan untuk kita bergerak kehadapan. Cuba kita teliti bentuk tubuh badan kita. Bentuk Hidung kita. Tangan kita. Badan kita. Dan tapak kaki kita. Semuanya dijadikan seperti berbentuk aerofoil yang membuatkan kita untuk mudah berjalan ke hadapan berbanding berundur ke belakang. Mata kita juga terletak dibahagian atas kepala dan di hadapan muka. Supaya senang untuk kita melihat apa yang ada di hadapan. Bukanya apa yang kita tinggalkan dibelakang. Semua yang Allah swt ciptakan pada diri kita memudahjan untuk kita sentiasa bergerak ke maju hadapan. Maha Suci Allah.
Tapi, kenapa pula hidup mesti berjalan ke hadapan? Kerana Hidup Adalah Gerak! Tak Gerak, Tak Makan! Kenapa pula hidup ini dikaitkan dengan gerak? Adakah dengan bergerak bermaksud kita ini orang yang hidup? Ya. Orang yang bergerak adalah orang yang hidup. Berbanding orang yang berada dalam posisi pegun. Orang yang tak bergerak hanyalah pada waktu tidur ataupun rehat. Jadi, marilah kita berazam untuk mula bergerak. Lakukan pergerakan untuk menjaga Kesihatan. Mulakanlah langkah pertama untuk berjalan kaki dari sekarang. Fahamkanlah tentang keperluan Gaya Hidup Sihat. Jaga pemakanan. Jom bergerak dari sekarang. Mari ktia sama-sama jadikan Malaysia negara yang kurang kadar obesitinya. Selamat Bekorban... =_)
(Sumber: Google Images)
0 Cerita Utama:
Post a Comment