Salam Kecerian semua. Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari Isnin. Hari baru, minggu baru. Hari-hari macam ni kita kena happy. Sebabnya? Supaya kita lebih tenang untuk menghadapi pelbagai urusan kerja yang tak pernah berkesudahan dan tiada penghujungnya. Admin sekarang ni tengah pening kepala. Entah, tiba-tiba terasa berat sahaja kepala ni. Admin urut-urut sedikit kepala ni supaya rasa relaks dan sedikit tenang. Apabila tengah picit-picit kepala ni, admin teringat untuk update blog rahimpengasih pasal pening-pening kepala ni. Okey! Jom kongsi cerita...
Nak tahu tak kenapa admin pening-pening kepala awal pagi hari Isnin ni. Admin pun tak tahu punca sebenarnya tetapi cuba admin semak balik pekara yang admin buat pada pagi ni. Hmmm... Admin buat apa ya pagi tadi? Secara jujurnya, inilah pekara yang admin buat pagi tadi. 1. Terlewat bangun pagi. Admin dah terjaga dari tidur lebih kurang pada pukul 5.00 pagi. Tetapi akibat berada terlalu lama di katil, admin ke bilik air untuk mandi pada pukul 6.30 pagi dan solat Subuh pada 6.50 pagi. Fuh! Nyaris-nyaris jadi Subuh gajah. 2.Sarapan. Admin jarang tinggal sarapan pagi. Pagi tadi admin mengambil sarapan telur separuh masak dua biji bersama madu. Jadilah buat tenaga pagi. 3. Tiba awal di pejabat. Pagi ini juga admin tiba awal di pejabat. Hari Isnin ni, kita kena produktif sikit. 4. Dengar audio motivasi. Pagi-pagi kena dengar motvasi sebagai peransang minda. 5. Buat kerja. Apabila selesai membuat kerja. Kemudian kepala terasa berat dan pening!
Antara kelima-lima aktiviti di atas. Yang mana satukah membuatkan admin betul-betul pening kepala? Admin rasa yang pertama sekali iaitu 1. Terlewat bangun pagi. Kenapa admin memilih yang pertama? Kerana semua pekara seharian yang kita buat ada kaitan dengan semangat kita untuk bangun pada pagi hari. Percaya tak jika admin katakan bahawa, orang yang semangat untuk bangun pagi adalah orang yang teransang untuk berjaya. Dia akan bangun pagi-pagi lagi. Mandi. Solat Subuh berjemaah di masjid. dan segera melakukan kerja pada awal-awal pagi. Dari sudut KESIHATAN pula, memang bagus mandi pada sebelum waktu Subuh. Jadi, admin kena ubah tabiat admin yang satu ini untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat,dan kerja lebih lama untuk mencapai KEJAYAAN. (Insya Allah)
Admin tinggalkan anda dengan lagu dari Salleh Yakub dan M Nasir ni... Jangan Pening-pening! =)
0 Cerita Utama:
Post a Comment