November 03, 2015

Kumbang Pembina atau Kumbang Perosak?

   Assalamualaikum semua. Salam Ceria. Salam Kesihatan. Apa khabar? Lama kita tak kongsi cerita kat rahimpengasih ni kan. Hari tu admin balik kampung. Lepas tu, admin buatlah bekam. Sambil berbekam, Juru bekam tu bercerita kepada admin tentang bunga dan kumbang. Admin ingat, sebelum ini cuma ada kumbang kura-kura dan kumbang badak sahaja. Atau pun kumbang Kuwagata dan Kabuto dalam cerita Kamen Rider. Tak sangka pula ada banyak lagi jenis-jenis kumbang yang admin belum tahu dan belum pernah dengar pun. Jadi. Anda sudah sedia nak tahu jenis-jenis kumbang spesis terbaru abad ini? Jom kongsi cerita...

    Bunga dan Kumbang. Sebagai kiasan, orang perempuan bolehlah diibaratkan seperti bunga. Yang mekarnya menarik perhatian Sang Kumbang. Orang lelaki pula bersifat seperti Kumbang yang akan mencari bunga untuk menghisap madunya dan melakukan proses pendebungaan. Tetapi tahukah kita, bahawa Sang Kumbang boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kumbang Pembina dan Kumbang Perosak.



   Kumbang Pembina. Kumbang jenis ini merupakan yang kuat bekerja. Sentiasa berusaha menjaga bunga yang dihinggapinya supatya tidak merosakan struktur pokok bunga. Bukan sahaja tidak merosakan bunganya ketika mengambil madu, malah menjaga sekali daun-daun pokok dan ranting pokok bunga supaya segar untuk memberikan hasil madu yang terbaik. Kesanya, kumbang beroleh madu. Bunga mengalami proses pendebungaan maka terhasilah buah hasil dari proses pendebungaan ini. Struktur pokok tetap terpelihara dan anak pokok dapat dikembang biak hasil daripada proses pendebungaan ini. SubahanAllah. 



   Kumbang Perosak. Kumbang jenis ini kuat juga. Kuat mengikut nafsu makan. Bukan sahaja madu bunga yang dihinggapinya. Malah dirosakan sekali daun-daun pokok. Dipatahkan juga ranting-ranting pokok. Mungkin juga di makan sekali pokok bunganya. Akhirnya, keringlah pokok bunga itu. Bukan sahaja pokok tidak dapat menghasilkan buah, malah pokok juga tidak dapat melakukan proses fotosentesis kerana daunya sudah habis dimakan oleh Kumbang Perosak. Maka, rosaklah keseluruhan struktur pokok tersebut. Hanya dengan rahmat Allah sahajalah pokok bunga ini dapat subur semula. InsyaAllah.

   Inilah yang admin dapat kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis kumbang yang ada dalam diri manusia. Admin pun masih lagi mengkaji tentang jenis-jenis kumbang ini sebenarnya. Ketahuilah para bunga betapa beruntungnya kamu jika dapat memiliki Kumbang Pembina. Kumbang Perosak juga boleh bertukar kepada Kumbang Pembina selepas mengalami beberapa porses evolusi. Jadi, anda nak pilih yang mana?

0 Cerita Utama:

Post a Comment