Sedar tak sedar, hari ni dah 31 Disember 2015 dah. Lagi beberapa jam sahaja lagi kita nak countdown Tahun 2016. Jarang sebenarnya, admin nak sambut-sambut Tahun Baru ni. Mungkin tak ada teman kot. Member-member lama pun dah ramai yang kahwin. Ditambah pula jadi anak dagang ni, rasa malas pulak nak jalan-jalan tak ada tujuan. Bukan apa, Admin sebenarnya lebih suka buat benda yang bertujuan. Kalau saja-saja nak melepak, baik duduk rumah tengok TV. Lagi Bagus. Kan ada macam-macam cerita Best dekat televisyen tu sempena nak count down Tahun Baru.
Tiap-tiap tahun, ginilah ceritanya. Mengadap depan TV lagi best. Walaupun ada member cuba ajak-ajak untuk keluar ke dataran untuk tengok bunga api. Admin rasa berat pula nak keluar malam-malam ni. Keluar dengan bini aku nak lah. (Eh!Eh!Dah mula fikir nak berbini pula aku ni). Apa-apa hal pun, semoga berbahagia menyambut Tahun 2016. Usah fikirkan dulu pasal ekonomi yang konon-kononya diramalkan gawat tu... Steady! And Keep moving Fowar 2016!! Usaha Tangga Kejayaan.
0 Cerita Utama:
Post a Comment