December 15, 2015

Komen Buku: Eye Sheild 21 (Bahagian 1)


   Anda berminat dengan sukan Ragbi? Tahniah kerana anda membaca artikel yang betul. Apa yang admin hendak ceritakan adalah berkenaan sukan American Football yang diolah dan ditulis dengan menarik dalam bentuk buku komik. Cerita ini berkisarkan tentang seorang pelajar Sekolah Menangah Tinggi di Jepun yang baru berjinak-jinak dalam sukan American Football. Watak utama yang diberi nama Kobayakawa Sena, pada mulanya hanya mahu menjadi Setiausaha kelab American Football sahaja. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga turun ke padang sebagai pemain gantian kerana tidak cukup para pemain. Dengan bakat larianya yang terpendam, akhirnya dia berjaya menjadi pemain American Football dengan nama samaran Eye Sheild 21.

    Kelab American Football di Sekolah Menengah Tinggi Deimon sewaktu cerita bermula hanya terdapat 2 orang pemain sahaja. Hiruma Yoichi(Quaterback) dan Kurita Ryokan(Lineman). Dengan kehadiran Kobayakawa Sena sebagai Eye Sheild 21, maka Sekolah Deimon berjaya mengutip beberapa mata Touch Down menerusi larianya yang bertenaga. Dengan adanya 3 orang pemain utama, dan 8 orang pemain tambahan dari kelab lain. Pasukan Deimon Devil Bat berjaya memenangai beberapa perlawanan American Football dan menambah beberapa orang ahli kelab American Football supaya lengkap 11 orang pemain. Mereka mensasarkan matlamat untuk memenangi Piala Krismas(Chrismas Bowl) dan menyertai perlawanan akhir Peringkat Kebangsaan bersama-sama 11 orang rakan perjuangan dalam American Football. 



   Secara peribadinya, admin sangat-sangat tertarik dengan jalan cerita komik Eye Sheild 21. Walaupun admin tidak pernah menyertai sukan Ragbi, mahupun menonton American Football. Tetapi admin amat mengemari semangat Eye Sheild 21 yang tidak pernah tahu menyerah kalah. Walaupun dengan tubuh badan yasng kecil dan 'biasa-biasa' dia berjaya membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan semangat tidak berputus asa berjaya menjadikanya sebagai pemain terbaik Amerika Football mengalahakan pemain-pemain lain yang lebih sasa dan dianggap genius. Kesungguhan adalah kunci Kejayaan. Setiap kali admin membaca komik Eye Sheild 21, admin menjadi bersemangat. Watak Eye Sheild 21 yang sentiasa berevolusi pada setiap kali perlawanannya menentang pasukan yang Kuat menjadikan dirinya lebih mahir dan profesional. Ditambah pula dengan kesungguhan dan sikap tidak berputus asa. Pasukan Deimon Devil Bat berjaya menggubah keputusan perlawanan pada saat-saat akhir. Mereka akan terus berusaha walaupun hanya tinggal 1 saat yang terakhir sebelum wisel Penamat dibunyikan. Semangat yang tidak tahu berputus asa ini berjaya memikat hati admin untuk membacanya berulang-ulang sehingga tamat. Best!


0 Cerita Utama:

Post a Comment