December 23, 2015

komen Buku: Eye Sheild 21 (Bahagian Akhir)

   Tahniah! Anda kini sedang membaca komen buku Eye Sheild 21 Bahagian Akhir. Dah 6 siri admin menulis pasal cerita Eye Sheild 21 ni. Buat pengetahuan pembaca semua, cerita Eye Shield 21 ini terdapat juga dalam bentuk animasi dan games. Bagi peminat tegar Eye Sheild 21 ni, bolehlah mencari-cari juga animasi, games, poster dan key chain-nya sekali. Apa ada hal. Orang kalau dah suka, buat apa-apa pun sanggup. Huhu. Tapi biarlah berpada-pada ya. All Right! Nak tahu tak apa kesudahan cerita Eye Sheild 21 ni? Jom kongsi cerita... Hahaha!(ketawa semangat macam watak Hiruma Yoichi)

   Kejohanan Piala Krismas sudah pun berakhir. Kemenagan Pasukan Deimon Devil Bats ke atas Teikoku Alexander yang tidak disangka-sangka ini mengejutkan banyak pihak. Tetapi yang Menang tetap Menang, walaupun perbezaan mata perlawanaan hanya 1 mata sahaja. Setelah perlawanan berakhir, Kobayakawa Sena dan Raimon Taro bersama-sama Yamato Takeru dan Hanjo Taka dikumpulkan bersama-sama oleh Presiden American Football Jepun untuk menjayakan satu misi penting. Misi apakah itu? Misi untuk memilih pemain American Football Bawah 18 tahun ke Peringkat Dunia. Para pemain American Football yang berbakat akan dikumpulkan bersama-sama untuk menjayakan misi menakluk dunia ini. Jepun membawa dirinya setapak lagi ke Kejohanan Remaja American Football. Siapakah yang akan terpilih untuk mewakili Jepun dalam misi menakluk dunia ini?

   Bagi Kejohanan Remaja American Football ini, Pasukan Jepun telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan Pertama untuk Posisi Pertahanan. Kumpulan Kedua pula untuk Posisi Serangan. Pemain untuk Kumpulan Pertahanan ialah (QB)Marco; (FS)Riku; (CB)Taka; (LB)Kakei; (LB)Shin; (LB)Agon; (CB)Ikyuu; (DL)Mizumachi; (DL)Goa; (DL)Otawara; dan (DL)Achilies. Bagi Pemain Pasukan Serangan pula (RB)Sena; (TE)Yamato; (QB)Kid; (WR)Tetsuma; (WR)Monta; (WR)Sakuraba; (OL)Yamabushi; (OL)Heracles; (C)Kurita; (OL)Chuubou; dan (OL)Banba. Pasukan Pertahanan dan Pasukan Serangan akan silih berganti sepanjang perlawanan Peringkat Dunia ini. Ini barulah betul-betul sukan American Football. Jika sebelum ini, Deimon Devio Bats hanya menggunakan 11 orang pemain Utama pada sertiap kali Posisi Pertahanan dan Serangan kerana tidak cukup pemain. Tetapi tidak untuk pada Peringkat Dunia yang menggabungkan pelbagai pemain terlatih dalam posisi yang berlainan. Macam ini barulah betul-betul pasukan American Football! Ada Pemain Pertahanan. Ada juga  Pemain Serangan.


    Dalam Kejohanan ini, Jepun bertemu dengan Pasukan Rusia pada pusingan Pertama. Kemudian bertemu pula dengan Pasukan Militaria. Untuk peringkat Separuh Akhir mereka bertemu dengan Pasukan Jerman. Hinggalah Peringkat Final, mereka akan bertemu dengan pasukan pengasas American Football iaitu Amerika Syarikat. 
                                                       
     Pasukan Amerika Syarikat mempamerkan 5 Pemain Bintang mereka yang digelar PENTAGON.  Pentagon Pertama adalah Patrick Spenser ataupun lebih dikenali sebagai Panther. Larianya yang ringan dan lincah seperti Harimau Kumbang menjadikannya jaguh larian yang sukar untuk ditangkap dan dihalang. Panther pernah berada di Jepun ketika Perlawanan Persahabatan Nasa Alien dengan Devil Bats. Dan kini, dia merupakan seorang pemain Bintang dari Amerika Syarikat. Dia adalah seteru larian kepada Koboyakawa Sena ataupun Eye Sheild 21. Pentagon Kedua pula ialah Clifford D. Lewis yang merupakan pemain Quarterback Amerika Syarikat. Beperwatakan Sombong dan Ego. Mempunyai strategi permainan yang licik dan suka menghapuskan lawan dengan sekali gus. Katanya mempunyai talian darah dari keturunan Di Raja. Memang lawan yang sesuai untuk Hiruma Yoichi. Pentagon Ketiga pula ialah Mr. Don yang bertubuh sasa dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia merupakan anak kandung kepada Preisden Amerika Syarikat. Sesuai untuk beradu tenaga dengan Goa Rikiya yang buas itu. Pentagon Keempat pula ialah Tatanka yang mempunyai tatoo di muka. Dia merupakan pemain yang tinggi lampai dan mampu menangkis apa sahaja bola yang melintas di hadapanya. Ada kelebihan seperti Shaman@Bomoh ke? Saingan yang sesuai untuk Tatanka ini mungkin adalah Sakuraba Haruto ataupun Hanjo Taka yang juga tinggi lampai. Pentagon Kelima pula muerupakan seorang Bintang Hollywood yang bernama Bud Walker. Mempunyai wajah dan susuk tubuh yang komersial seperti Bintang Filem. Kata orang Jawa 'Stock Artist'. Entah apa-apalah. Dia merupakan pemain Receiver Terbaik Dunia dari pasukan Amerika Syarikat. Pencabarnya adalah Raimon Taro yang juga mahu menjadi Pemain Receiver Terbaik Peringkat Dunia. Mampukah dia mengalahkan Bud Staker yang diibaratkan seperti Bintang Sebenar? 

   Perlawanan Akhir kini bermula. Amerika Syariakt vs Jepun. Dan Keputsanya? Seri 45-45. Apa? Mana boleh ada keputusan Seri dalam American Football. Kedua-dua pasukan ini bernekad mahu menyambung perlawanan mereka walaupun wisel penamat telah pun dibunyikan. Biarkan saja mereka bermain....
   Beberapa tahun kemudian, Pengasas Pasukan Deimon Devil Bats berpecah kepada 3 jalan masing-masing. Hiruma Yoichi dan Kurita Ryokan telah mendaftarkan diri ke universiti yang berlainan. Mereka mahu membuat haluan masing-masing dalam American football. Musashi pula meneruskan Syarikat buruh pembinaanya, sambil bermain America Football. Koboyakawa Sena pula telah terpilih untuk belajar di Kolej Notre Dame, Amerika Syarikat. Dia yang kini memegang gelaran Eye Sheild 21 seperti menjadikan suatu Mimpi kepada Realiti. Kini, dialah Lagenda Eye Sheild 21 dari Kolej Notre Dame, Amerika Syarikat. Menarik betul cerita pemain American Football ni. Komik Eye Sheild 21 habis setakat di sini sahaja. Jalan ceritanya berakhir dengan para pelajarnya mendaftarkan diri di universiti dan mencari bakat-bakat baru dalam sukan American Football. Sama seperti pada permulaan cerita Eye Sheild 21 ketika Hiruma Yoichi bertemu Kobayakawa Sena dahulu. Maka jalan cerita mereka di peringkat universiti mungkin lebih kurang sama pada permulaan cerita Eye Sheild 21 ni. Apa yang paling menarik adalah penceritaan semangat Eye Sheild 21 dan Pasukan Deimon Devil Bats yang tidak pernah kenal erti putus asa. Saya bagi 5 Bintang untuk komik EYE SHEILD 21.
   

   Secara keseluruhan, apa yang membuatkan komik Eye Sheild 21 ini menarik adalah watak Eye Sheild 21 itu sendiri. Watak Kobayakawa Sena yang lemah dan sering dibuli akhirnya bertukar menjadi bintang sukan American Football. Berkat ketekunan dan ketabahanya sendiri, dia akhirnya mampu menjadikan Mimpi suatu Realiti. Betubuh kecil dan pendek bukanlah penghalangnya untuk berjaya. Dengan kelebihan larianya, dia berjaya menerbalikan mata perlawanan dengan mendapatkan Tocuh Down pada saat-saat akhir. Komik Eye Sheild 21 ini mempamerkan perjuangan sebenar seorang budak lelaki yang berevolusi menjadi seorang LELAKI. Dalam mendaki tangga kejayaan, hanya Usaha dan Kesabaran saahaja yang diperlukan. Apa yang admin dapat ambil dari komik Eye Sheild 21 ini, adalah semangat tidak pernah berputus asa walaupun pada saat-saat terakhir. Pasti ada peluang yang menjemput walaupun peratusan untuk menang hanyalah tinggal 1%. Rebutlah peluang yang berbaki 1% itu, Berikan kepercayaan kepada diri sendiri dan kawan-kawam, Maka jadikanlah Mimpi kepada Realiti. Komen buku Eye Sheild 21 habis di sini. Jumpa lagi untuk Komen Buku yang akan datang. Bye!

0 Cerita Utama:

Post a Comment