Petua Mendapat Pasangan yang ke-empat adalah #4 Seimbangkan Hidup. Macamana caranya tu untuk seimbangkan hidup? Maksudnya seimbangkan hidup kita dari segi keperluan asas. Contohnya keperluan tempat tinggal; makan; dan pakaian. Bila keperluan asas ni sudah seimbang dan mampu untuk disediakan barulah seimbangkan keperluan yang lain seperti kenderaan. Sekurang-kurangnya kena ada sebuah motorsikal atau sebuah kereta sebelum berumah tangga. Bukankah ini adalah keperluan asas bagi sebuah kehidupan berumahtangga? Berlainan pula dengan set televsiyen, peti ais dan mesin basuh. Itu semua akan disediakan kemudian selepas keperluan asas sudah boleh diseimbangkan.
Katanya lagi, jika kita sudah berjaya seimbangakan hidup beserta keperluanya, secara lumrahnya kita telah menjadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan kita. Ialah, bila semua keperluan asas sudah sedia ada, apa lagi yang nak difikirkan? Fokus kita lebih tertumpu untuk mencari pasangan hidup sebagai penyeri rumahtangga dan Permaisuri yang bertaktha di hati. Semoga bertemu dengan pasangan yang serasi kawan-kawan.
0 Cerita Utama:
Post a Comment