May 10, 2020

Beli Komputer, iPad, tablet Dan Smartphone pastikan beli antivirus-nya sekali.

Salaam Ramadhan,

1. Artikel lepas saya bercerita tentang 'darurat Yang tak di isytiharkan'. Tak lama selepas itu virus Corvid-19 pula melanda negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan juga diperkenalkan bagi mengawal virus pendamik Corvid-19 ini.

2. Baik. Berkenaan permasalahan yang lepas kita bercerita tentang isu masalah sistem perkomputeran yang diserang oleh penggodam Komputer, hackers dan juga virus Spy ware. Perkara ini secara tidak sedar akan memakan diri Pengguna gadget itu sendiri. Apabila membiarkan isu pencerobohan sistem perisian gadget digodam oleh para hackers. Tujuan nya? Hanya Satu. Data dan Maklumat peribadi.

3. Penggodam Komputer atau Hackers akan juga menyelusuri jaringan internet anda untuk mengakses bersama sistem perisian gadget anda. Cara? Ya, dengan berbagai-bagai cara. Boleh juga melalui email Yang bersambung kepada Gmail dan perisian Android. Juga melalui jaringan free Wi-Fi di hotel dan kedai makan. Ada juga melalui notifikasi mesej. Dan juga melalui packet spy ware yang dikirim bersama- sama dokumen yang sedang di must turun. Seperti ketika sedang download lagu atau video.

4. Pencerobohan sistem perisian ini sangat bahaya dalam dunia alam cyber dan teknologi terkini kerana data dan maklumat peribadi kita boleh digadaikan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk uruasan jual beli maklumat dan mengaut keuntungan dengan menjual maklumat peribadi orang lain. Perkara ini sangat membimbangkan dan dipandang serius oleh masyarakat kerana data dan maklumat peribadi akan disebarkan ke seluruh dunia cyber tanpa ada sekatan dan tanpa pengadilan. Sedar tak sedar, beberapa bulan kemudian peribadi kita sudah pun dipersebartayangkan di laman web dan media sosial. Tup Tap Tup Tap. Dah berlaku jenayah cyber. Nak menyesal pun tak berguna.

5. Akhir sekali, pengguna dan netizen harus menjadi lebih peka dengan isu 'pencuri data peribadi'. Ianya boleh dicegah lebih awal dengan belajar dahalu cara-cara melindungi sistem perisian gadget itu Dari di godam oleh para hackers. Anti virus seperti Kaspersky, avira, avg juga Ada menawarkan pakej berguna untuk para pengguna android, Apple dan windows. Pakej internet security. Pakej anti virus malware. Pakej Safe kids. Pakej VPN untuk hidden location anda juga sangat berbaloi untuk dipasang di sistem perisian gadget anda. Ingat. Maklumat anda juga penting. Sepenting menjaga harta peribadi kita. Oleh itu Mari kita berwaspada. 
Perangi virus pendamik, Perangi virus penggodam komputer.


0 Cerita Utama:

Post a Comment